Siakap Keli

Dakwa Lindungi Pemakai Dari Radiasi 5G, Saintis Dapati Gelang ‘Anti-radiasi’ Sebenarnya Mengandungi Bahan Radioaktif Berbahaya

Pihak Berkuasa Belanda Untuk Keselamatan dan Perlindungan Sinaran Nuklear (ANVs) baru-baru ini mengharamkan penjualan alatan ‘anti- radiasi’ dan ‘anti-5G’ yang mengandungi bahan radioaktif, lapor Oddity Central.

Aksesori sama ada daripada loket anti-5G atau gelang dan juga topeng tidur, ia dikatakan dapat melindungi si pemakai daripada teknologi 5G.

Walaupun pada masa kini masih tiada bukti santifik yang mengatakan 5G boleh memudaratkan kesihatan manusia atau boleh melindungi si pemakai, namun masih ramai orang yang sanggup membelanjakan wang mereka hanya untuk selamat.

Akan tetapi, ramai berangaapan bahawa hanya mendapatkan produk yang tidak berguna seperti stik USB anti-5G sahaja. Namun, jawapannya tidak.

Dengan memakai barang kemas sebegini, sebenarnya ia boleh mendedahkan badan anda kepada tahap radiasi yang berbahaya.

“Radiasi pengion akan merosakkan tisu dan DNA manusia. Jumlah sinaran yang diukur dalam produk ujian juga adalah rendah”, jelas ANVS dalam kenyataan media.

“Dalam kes penggunaan yang berpanjangan dan berterusan, ia boleh melebihi had undang-undang pendedahan kulit kepada sinaran.”

Berdasarkan laporan, produk yang diuji oleh pihak berkuasa Belanda direka untuk dipakai secara berterusan dan bersentuhan dengan kulit. Keadaan ini boleh menjadikannya lebih berbahaya seperti mendedahkan si pemakai kepada sinaran walaupun digambarkan sebagai ‘anti sinaran’.

Aksesori anti-5G dan anti-radiasi ini biasanya mengandungi bahan seperti abu gunung berapi, titanium, turmalin, zeolit, pasir germanium, monazit da unsur radioaktif yang wujud secara semula jadi seperti uranium dan torium. Selain itu, ia selalunya dipromosikan secara mengelirukan sebagai item ‘ion negatif’ yang dapat memanfaatkan kesihatan manusia.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), teknologi 5G mengeluarkan gelombang bukan pengion yang, tidak seperti bahan radioaktif, tidak merosakkan DNA. Mereka juga tidak menyebabkan Covid, seperti yang didakwa oleh beberapa teori konspirasi awal pandemik.

Sumber : Oddity Central

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.