Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Ombak Besar Dirakam Hempas Benteng, 3 Negeri Termasuk Kelantan Dijangka Dibadai Hujan Sangat Lebat Berterusan Hingga Esok

Sofea

Cuaca peringkat bahaya iaitu hujan lebat yang berterusan dijangka akan melanda negeri-negeri Pantai Timur sehingga esok (Jumaat).

Menerusi tinjauan Bernama di Kampung Pantai Dasar, Sabak, Kota Bharu, angin dilihat sangat kencang sehingga menyebabkan ombak besar menghempas benteng penahan ombak di situ.

Susulan cuaca buruk itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir secara berperingkat di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu malam ini.

Selain di Pantai Timur Semenanjung, amaran hujan berterusan juga turut dikeluarkan bagi negeri Sabah melibatkan Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat sehingga 2 Januari.

Orang ramai dinasihatkan untuk bersedia dengan segala kemungkinan dan tidak berada di kawasan yang berisiko.

Sumber: Bernama