Siakap Keli
Kredit : Bernama

Kenapa Banjir Air Pasang Boleh Berlaku Walau Ada ‘Pertahanan’? Ini Antara Persoalan Banjir Air Pasang Besar

Fenomena air pasang besar yang melanda negara amat membimbangkan orang ramai, khususnya yang tinggal di kawasan persisiran pantai.

Paling membimbangkan adalah sekiranya fenomena ini berlaku di kawasan berdekatan dengan kediaman anda. Meremang bulu roma jika terbayang situasi ini akan berlaku.

Namun, masih ramai lagi yang kurang mengetahui bagaimana air pasang ini boleh berlaku dan mempersoalkannya.

Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian daripada ciapan Bernama.

Kalau ada pertahanan persisiran pantai, kenapa banjir air pasang boleh berlaku?

  1. Terdapat faktor-faktor alam yang meninggikan aras air.
  2. Perubahan cuaca boleh memberi kesan dalam masa hadapan.
  3. Ban-ban yang terjejas atau pecah semasa air pasang.
  4. Reka bentuk asal struktur pertahanan persisiran pantai terhad.
  5. Faktor-faktor manusia, seperti pintu air tidak ditutup, bekalan kuasan untuk pam terputus dan sebagainya.

Kawasan saya dilindungi oleh pertahanan persisiran pantai, kenapa saya perlu berpindah?

Pemindahan mungkin dijalankan oleh pihak berkuasa untuk keselamatan. Pemindahan awal akan memudahkan kerja-kerja penempatan. Pemindahan dalam keadaan gelap pagi lebih menyukarkan dan berbahaya.

Apa berlaku apabila ban yang terjejas?

Pihak berkuasa akan sedaya upaya melakukan kerja membaiki. Sekiranya ban terjejas, air laut akan melimpah ke tebing. Air yang mengalir lambat-laun akan menghakis ban dan tapak ban. Limpahan yang berlaku akan membawa arus air yang kuat dan laju. Aras air yang dicapai dan kawasan yang diliputi di sebalik tebing adalah bergantung kepada keluasan ban yang terjejas dan masa sehingga air laut mula surut.

Kenapa banjir air pasang surut dalam masa beberapa jam?

Banjir air pasang adalah mengikut kitaran air pasang surut. Apabila air surut, air akan keluar kembali ke laut. Kitaran air pasang ke surut adalah dalam 5 hingga ke 7 jam.

Apakah langkah-langkah persiapan untuk banjir disebabkan oleh air pasang besar?

Banjir air pasang telah diramai dan terdapat masa untuk membuat persiapan boleh dijangka. Apabila ada satu perancangan, maka masa yang ada boleh digunakan untuk menyelamatkan harta, mengurangkan kerugian dan kerja baik pulih dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Jadi, apakah tindakan yang patut diambil sekiranya berlaku fenomena air pasang ini?

Terdapat 3 fasa yang perlu diketahui, iaitu sebelum, semasa dan selepas banjir.

Sebelum banjir:

  1. Pastikan suis utama ditutup dan letakkan alat elektrik di tempat yang tinggi.
  2. Pastikan juga saluran najis bertutup.
  3. Simpan dokumen penting di tempat yang selamat.
  4. Mempersiapkan ‘safety kit’ dan sedidikit makanan dan mengetahui tempat yang selamat.

Semasa banjir :

  1. Berpindah awal sebelum air pasang besar.
  2. Patuh arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa.
  3. Bawa segala ubat-ubatan dan dokumen penting jika perlu.

Selepas banjir:

  1. Pulang ke kediaman anda setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.
  2. Pantau struktur bangunan anda. Jika terdapat rekahan atau kerosakan, segera menghubungi pihak insurans atau pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
  3. Jangan buka suis atau peralatan elektrik sehingga dibersihkan dan kering.

Sumber : Bernama

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.