Siakap Keli
Kredit: Bernama

TERKINI: Aras Air Di Beberapa Stesen Bagi Negeri Pahang, Johor Dan Negeri Sembilan Berada Dalam Status Bahaya

JPS Malaysia telah mengeluarkan status aras air semasa bagi negeri Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Perak dan Selangor sebentar tadi.

Menerusi ciapan yang dikongsikan, status aras air semasa di Pahang menunjukkan status bahaya di enam stesen, lapan stesen dalam status amaran manakala 7 lagi stesen berada dalam status waspada.

Bagi negeri Johor pula, terdapat dua stesen berada di dalam status aras air bahaya, manakala enam lagi dalam status amaran dan status waspada.

Di Negeri Sembilan, dua stesen menunjukkan status aras air semasa bahaya manakala lagi dua stesen berada di dalam status amaran dan normal.

Status aras air semasa memaparkan dua stesen berada di dalam status bahaya dan lima stesen lagi berada pada status amaran dan waspada di Melaka, manakala satu stesen di Sarawak berada di dalam status waspada.

Untuk dapatkan amaran dan ramalan banjir terkini serta maklumat lanjut, sila layari ke laman web publicinfobanjir.water.gov.my.

Sumber : JPS Malaysia

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.