Pemakaian baju berbulu tebal sudah tidak asing lagi bagi penduduk yang tinggal di negara empat musim. Apabila tiba sahaja musim sejuk, pemakaian yang tebal adalah wajib untuk menghangatkan badan dalam cuaca yang dingin, termasuklah topi musim sejuk.
Topi musim sejuk ini kebiasaannya dipakai pada musim sejuk dan diperbuat daripada anyaman benang wol untuk memberikan keselesaan dan kehangatan di kepala semasa musim sejuk tiba.
Tetapi, masih ramai yang belum tahu rupa-rupanya bawal atau bebola yang berbentuk pom-pom itu bukanlah hanya sekadar hiasan dan ada sejarahnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom kita baca perkongsian ini.

Sebenarnya, sebelum Magna Cata ditulis, pemakaian topi yang digelar bobbles telah dipakai sejak era Viking lagi.
Dewa mitologi Freyr telah digambarkan dengan memakai gear kepala yang mempunyai bawal.
Sebagai bukti, ia dapat dilihat pada penemuan patung di Södermanland, Sweden pada tahun 1904.

Di beberapa negara Eropah, topi booble juga digunakan untuk menentukan pangkat seseorang.
Seperti pada zaman Rom, para pendeta akan memakai topi yang dipanggil birettas dan mempunyai perbezaan warna bawal. Perkara tersebut adalah untuk menunjukkan pekerjaan yang mereka lakukan.
Begitu juga dengan rejimen di Scotland Highland dan infantri Napoleon, askar-askar mereka memakai bobbles bulu pada pakaian seragam mereka.
Bagi pelayar juga, ia dianggap akan melindungi kepada mereka dari ruangan yang sempit dan siling rendah.

Menurut laporan The Mirror, pom-pom senang didapati apabila ia menjadi murah semasa zaman Kemelesetan. Ada juga yang percaya seorang selebriti yang mempopularkan lagi pemakaian topi tersebut.
Jadi, begitulah wujudnya bawal atau pom-pom yang ada pada topi musim sejuk. Daripada sejarah era Viking sehinggalah ke medan perang Napoleon, aksesori bawal tersebut sudah tersebar luas di dalam industri fesyen.
Sumber : The Mirror