Siakap Keli
Gambar via Twitter & Facebook

Ini 15 Tempat Menarik Korang ‘Wajib’ Pergi Kalau Sampai Ke Pulau Pinang

Pulau Pinang adalah salah satu destinasi pelancongan domestik yang seringkali menjadi tumpuan terutamanya waktu cuti sekolah. Bila tiba musim-musim ni, maka banyaklah kita nampak kereta dengan nombor plat negeri-negeri lain memenuhi laluan di Pulau Pinang ni.

Bila sebut je Pulau Pinang, mesti yang terlintas di benak kita, bahagian pulau yang dihubungkan dengan tanah besar melalui Jambatan Pulau Pinang. Tak dinafikan, di bahagian pulau sering menjadi tumpuan para pelancong.

Tapi kalau korang nak tahu, bahagian tanah besar Pulau Pinang yang dikenali sebagai Seberang Perai ni pun banyak tempat-tempat menarik tau. Tempat-tempat di Seberang Perai ni ada jugak yang underrated dan masih ramai lagi tak tahu.

Melalui akaun Twitter @Joshuawsz, lelaki ni kongsi 15 tempat menarik di Seberang Perai, Pulau Pinang yang korang patut pergi.

1. Design Village Outlet Mall

Design Village Outlet Mall merupakan pusat membeli-belah ‘terhijau’ di Malaysia. Kira-kira 150 kedai dalam pusat membeli-belah ini dikelilingi taman tropika. Pusat membeli-belah ini juga menerima Anugerah Arkitek Landskap Malaysia pada tahun 2017.

Gambar via Twitter

2. IKEA

Seperti cawangan IKEA yang lain, korang boleh jugak dapatkan bebola daging Swedish kegilaan ramai di IKEA Batu Kawan ni.

Gambar via Twitter

3. Central Island Park, Batu Kawan

Turut dikenali sebagai Aspen Vision City Central Island Park, inilah spot Instagrammable paling popular di Seberang Perai.

Gambar via Twitter

4. The 12 Waves

The 12 Waves yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang ni pernah diberikan gelaran ‘Gudang Terpanjang di Malaysia’ oleh Malaysian Book of Records.

Gambar via Twitter

5. Hutan Paya Bakau Sungai Acheh

Bagi yang nak mencari suasana tenang dikelilingi hutan paya bakau, inilah tempatnya. Hutan paya bakau di Nibong Tebal ini telah diperluas dengan penanaman semula 1,500 pokok bakau.

Gambar via Twitter

6. Bukit Katak

Nak tempat cantik tangkap gambar? Boleh la pergi ke Bukit Katak ni. Bukit Katak terletak di tengah-tengah Seberang Perai, berhampiran Bukit Mertajam.

Gambar via Facebook

7. Pekan hipster Bukit Mertajam

Pekan hipster yang berlokasi di Bukit Mertajam ni sangat popular dengan restoran dan kafe-kafe hipster seperti Dua Sua Ka. Dari luar je nampak macam bangunan lama, tapi kat dalam hipster habis!

Gambar via Facebook

8. Penang Sentral

Penang Sentral merupakan pusat transit pertama di Pulau Pinang, dilengkapi akses ke landasan kereta api (KTM), bot dan terminal bas.

Gambar via Twitter

9. Cherok Tokun

Di Cherok Tokun ni ada peninggalan sejarah berusia lebih 1,500 tahun, sebagai bukti peradaban berasaskan bahasa Sanskrit di Pualu Pinang.

Gambar via Twitter

10. Penang Bird Park

Selain dihuni oleh 3,000 spesis burung dari seluruh dunia, korang juga boleh tengok spesis burung terancam, burung enggang Tebang Mentua di taman burung terbesar di Malaysia ni.

Gambar: Penang Bird Park

11. Sawah padi Pulau Pinang

Bahagian utara Seberang Perai terkenal dengan sawah padi yang terbentang luas melebihi 12,000 hektar. Nak tengok tempat penghasilan padi terbesar di Malaysia, boleh la ke sini.

Gambar via Twitter

12. Pasar Bisik

Lain daripada lain, pasar basah yang terletak di Kuala Muda, Penaga ni mengamalkan kaedah berbisik untuk aktiviti tawar-menawar.

Gambar via Facebook

13. Tapak Arkeologi Guar Kepah

Tapak Arkeologi Guar Kepah ini menyimpan peninggalan sejarah berusia lebih 5,000 tahun. Rangka manusia 5,700 tahun dari zaman Neolitik atau dikenali sebagai ‘Penang Woman‘ juga ditempatkan di sini.

Gambar via Twitter

14. Robina Eco Park

Taman rekreasi yang terletak di tepi pantai ini sangat sesuai dikunjungi bersama keluarga. Boleh la bersantai petang-petang sambil tengok pantai.

Gambar via Pinterest

15. Batu Sempadan British-Siam

Artifak dari tahun 1869 ini terletak di tengah-tengah sempadan Kedah dengan Pulau Pinang. Hal ini kerana, negeri Kedah dahulunya di bawah penaklukan Siam, manakala Seberang Perai di bawah jajahan British.

Gambar via Twitter

Lepas ni bila melancong ke Pulau Pinang, boleh la melawat tempat-tempat menarik di Seberang pulak. Semoga bermanfaat!

Sumber: Twitter @Joshuawsz

" "