Sebanyak 12 sungai dilaporkan berada pada aras bahaya manakala lapan lagi berada aras amaran hari ini.
Menerusi ciapan rasmi JPS Malaysia, antara sungai yang terlibat berada di Pahang, Johor, Selangor dan Melaka.
Di Pahang, tiga sungai dilaporkan berada pada aras bahaya, iaitu di Sungai Bera (Bera) dan Sungai Serting (Bera) dan Sungai Pahang (Pekan).
Di Johor, sebanyak 4 sungai dilaporkan berada pada aras bahaya, iaitu di Sungai Muar di Liang Batu (Muar), Panchor (Muar), Kampung Awat (Segamat), Sungai Tangkak (Tangkak), Sungai Pulai (Pontian) dan Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam (Muar).
Di Selangor pula, Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam berada pada aras bahaya.
Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah (Melaka) dan Sungai Padas di Beaufort JPS (Sabah) juga dilaporkan berada pada aras bahaya.
Dalam pada itu, terdapat lapan sungai berada pada aras amaran di Pahang, Johor, Melaka dan Perak.
Untuk mendapatkan amaran dan ramalan banjir serta maklumat, sila layari publicinfobanjir.water.gov.my.
TERKINI!!!
STATUS ARAS AIR SEMASA DI NEGERI PAHANG, JOHOR, KELANTAN, TERENGGANU, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, SABAH, SARAWAK & PERAK
5 JANUARI 2022 | 3.00 petang
Dapatkan amaran dan ramalan banjir terkini serta maklumat dengan melayari:https://t.co/qd0c0sob5Y pic.twitter.com/n0YfDXO6wj
— JPS Malaysia (@DID_Malaysia) January 5, 2022
Sumber : JPS Malaysia