Ular adalah salah satu spesies haiwan yang acap kali berganti kulit. Hal itu berlaku semestinya ada sebab dari segi sains dan bukan hanya sekadar untuk menghilangkan parasit pada tubuhnya.
Pastinya anda semua pernah terjumpa potongan kulit yang panjang seakan kulit ular ketika berada di kebun ataupun di hutan. Bukan sahaja di kebun atau hutan, kadangkala terdapat juga di sekitar rumah seperti di halaman belakang.
Potongan kulit tersebut merupakan sisa kulit ular yang melakukan proses ekdisis atau penggantian kulit baharu oleh haiwan reptilia tersebut. Ular mempunyai banyak sebab kenapa mereka perlu menggantikan kulitnya.
Kebiasaannya, ular akan terus melucutkan kulitnya menjadi satu potongan panjang dan terdapat juga beberapa jenis ular yang mengoyak kulitnya kepada beberapa bahagian yang terpisah. Artikel kali ini akan mengulas mengenai cara dan sebab haiwan reptilia ini sering menukar kulit.
Sebab kenapa ular berganti kulit
Ada banyak sebab dan penyebab ular akan menggantikan kulitnya, salah satunya adalah kerana kulitnya sudah semakin ditelan usia dan perlu diganti. Selain itu, saat ular sedang dalam proses pembesaran, kulit mereka tidak lagi fit untuk badannya.
Selain daripada itu, tujuan haiwan reptilia ini menyalin kulit adalah bertujuan untuk menyingkirkan parasit yang menumpang di badannya. Menurut Az Animals, parasit yang melekat pada kulit akan hilang jika ular menggantikan kulitnya.
Dalam setahun, ular akan menukar kulitnya sekerap yang ia mahu dan ular yang lebih muda akan menyalin kulitnya sekurang-kurangnya seminggu sekali setiap kali ia membesar.
Yang lebih menarik, usia ular juga akan mempengaruhi kekerapan ia menyalin kulitnya. Namun, haiwan reptilia ini akan menyalin kulit sepanjang hidupnya.
Cara ular menggantikan kulit
Sebelum proses penggantian kulit, mata ular akan berubah menjadi kebiruan dan kelihatan suram kerana kulit yang baharu telah menutupi matanya. Misalnya, ular sawa memerlukan waktu lebih kurang satu hingga dua minggu sebelum ia menukar kulit. Ketika ini, kulit ular sawa akan bertukar menjadi kusam dan pada bahagian bawah ular menjadi merah muda.
Perubahan warna ini menandakan ekdisis akan berlaku dan ketika mata ular bertukar menjadi agak kelabu, ular tidak akan mampu melihat dengan baik. Oleh sebab itu, ia akan mencari tempat yang paling selamat dan aman untuk proses tersebut. Keadaan ini hal yang menegangkan bagi seekor ular di mana mereka akan terdedah dengan pelbagai jenis predator.
Namun, usai proses tersebut, mata ular akan kembali kepada keadaan asal dan akan menanggalkan sisa kulit lama selepas 24 jam. Kebiasaannya ular akan bergesel pada batu atau batang pokok secara perlahan untuk mengelupaskan kulitnya.
Dalam proses penegangngan, ular akan bergerak lebih perlahan dan lesu. Ular akan kembali memburu mangsa setelah proses tersebut betul-betul selesai. Perlu diketahui, keberadaan kulit ular tidaklah bererti ular masih berada di kawasan tersebut dan kulit ular mampu bertahan selama seminggu.
Sumber: Az Animals