Siakap Keli
Gambar: TikTok Dato' Michael Lim

(Video) Tak Perlu Buang Kepala & Kulit, Ikuti Langkah Mudah Ini Nak Cuci Udang

Kalau sebut makanan laut tak sah kalau tak ada udang. Rata-rata peminat makanan laut mesti suka makan udang. Tetapi, kebanyakan orang yang memasak udang mesti sekali dengan kepala tanpa membuang perut dan najis udang.

Namun, jika bahagian kepala dan kulit udang dibuang begitu sahaja rasa sesuatu makanan tersebut akan jadi sedikit hambar dan kurang enak.

Mana taknya ada sesetengah makanan sebenarnya memerlukan kepala udang dan kulit udang untuk dapatkan rasa yang boleh buat orang ‘kecur air liur’.

Jangan risau, pemilik akaun TikTok Dato’ Michael Lim ini ada berkongsikan cara mudah yang anda boleh cuba untuk bersihkan udang tanpa buang kepala dan kulit.

Apa yang anda perlukan hanyalah 2 perkara iaitu gunting dan pencungkil gigi.

Langkah pertama yang anda perlu buat adalah gunting bahagian kepala udang yang tajam itu. Kemudian, tarik perut udang dengan menggunakan pencungkil gigi.

Manakala untuk buang najis udang pula, anda hanya perlu cucuk pencungkil gigi pada belakang udang. Cucuk pencungkil gigi pada tengah-tengah segmen ketiga belakang udang itu dan tarik keluar najis udang.

Dah siap. Menarik bukan? Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh tonton perkongsian video di bawah.

@datomichaellim_oe

Tips berguna bagi yang suka makan udang 🍤 #datomichaellim #tiktokindonesia #tiktokmalaysia #tiktok #tiktokguru #memangmeow #hypershoe #erke #fyp

♬ original sound – Dato’ Michael Lim – Dato’ Michael Lim

Sumber: TikTok Dato’ Michael Lim

Nadhirah