Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “Kami Datang Nak Swab…”, Tak Sedar, Ayah Layan Je Anak Dah 2 Tahun Tak Jumpa, Balik Buat Kejutan Menyamar Jadi “Frontliner

Sofea
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Berada berjauhan dari insan tersayang dalam tempoh yang lama sememangnya agak berat untuk dilalui oleh sesiapa saja. Walaupun dapat bertegur sapa melalui panggilan telefon, ia tetap tidak sama dengan bersua muka.

Keadaan itu dilalui oleh kebanyakan dari kita ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun yang lalu. Bila perintah tersebut telah ditamatkan pada tahun lalu, semua bersorak kegembiraan kerana akhirnya dapat bertemu dengan keluarga yang jauh di mata.

Seperti video tular di TikTok ini yang memaparkan kegembiraan ibu bapa yang akhirnya dapat bertemu semula dengan anaknya selepas dua tahun.

Menurut pemilik video, Leena Jamel, kakaknya telah merancang untuk membuat kejutan terhadap kedua ibu bapanya dengan menyamar sebagai petugas kesihatan yang datang untuk melakukan ujian swab terhadap mereka.

Dari awal, kedua-dua ibu bapanya dilihat tidak sedar dan tidak mengesyaki penyamaran tersebut sehingga kakaknya itu membuka pelitup muka.

Walaupun sebak, video itu juga turut menghiburkan warganet terutama apabila ibunya tidak mengenali kakaknya kerana telah lama tidak berjumpa.

Sumber: Leena Jamel