Siakap Keli
Gambar via Google

Dijangkiti 2 Virus Dalam Satu Masa, Gejala Flurona Korang Patut Tahu & Cara Mengatasinya

Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia dua tahun lalu, pelbagai jenis mutasi virus berkenaan  yang sangat cepat terbentuk dan keadaan ini cukup membimbangkan masyarakat dunia.

Dalam keadaan seseorang itu tertular wabak COVID-19, individu juga pada masa berkemungkinan dijangkiti virus lain seperti flu. Keadaan ini dipanggil flurona.

Pun begitu, kedua virus ini tidak bergabung menghasilkan penyakit baharu. Akan tetapi, dua virus tersebut berjangkit secara terpisah dan ia bukanlah suatu penyakit yang baru dikesan.

Flurona boleh dikesan melalui beberapa gejala seperti batuk, selsema, sakit tekak, demam, sakit kepala dan kelelahan. Selain gejala-gejala tersebut, pesakit yang mengalami flurona berkemungkinan mengalami simptom yang pelbagai.

Menurut Pertubuhan Kesihatan dunia (WHO), individu mungkin memiliki pelbagai tahap ketika dijangkiti COVID-19 dan flu secara bersamaan. Sebahagian daripada pesakit tidak memiliki gejala, namun ada juga yang mengalami gejala ringan atau parah.

Memetik laporan CNN, gejala flurona dapat dikurangkan dengan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor.

Untuk mengatasi virus COVID-19, terdapat beberapa alternatif rawatan yang digunakan termasuk oksigen, kortikosteroid dan penyekat reseptor IL6 bagi pesakit dengan gejala yang teruk. Sementara untuk rawatan flu pula, ubat-ubatan anti virus diyakini mampu mengurangkan komplikasi teruk.

Bagi mereka yang mempunyai gejala flurona ringan, jangkitan virus ini biasanya boleh diubati di rumah. Pun begitu, pesakit masih perlu menjalani kuarantin kendiri dan mengamalkan pemakaian pelitup muka supaya dapat mengelakkan penularan.

Sumber: CNN Indonesia

 

 

Eyla Azri