Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Met Malaysia Keluar Amaran Angin Dijangka Sehingga 15 Januari Di Sarawak, Berpotensi ‘Bawa’ Hujan Berterusan

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) hari ini mengeluarkan satu data kemaskini amaran hujan berterusan (buruk dan waspada) melibatkan negeri Sarawak dan amaran angin kencang dan laut bergelora juga telah dikeluarkan bagi perairan Pantai Timur Semenanjung termasuklah timur Johor dan Sabah diramal berterusan hingga 16 Januari ini.

Selain itu, dalam kenyataan ini juga memaklumkan bahawa penumpuan angin yang berlaku di Sarawak dijangka berterusan hingga 15 Januari 2022.

Keadaan ini menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di negeri Sarawak.

Oleh itu Met Malaysia menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan merujuk lama web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

Sumber: Met Malaysia