Siakap Keli
Gambar hiasan via Google

Pakar Perjelas LIMA Tips Diet Paling Berkesan Untuk Tahun Ni

Tahun 2022 telah pun membuka tirainya, resolusi baru di tahun yang baru semestinya berada dalam fikiran setiap orang. Dan apakah resolusi yang sering dilakukan oleh kebanyakkan orang setiap kali menjelang tahun yang baru? Pastinya ingin mendapatkan berat badan yang ideal.

Apabila seseorang itu telah menetapkan goal mereka, stock up makanan-makanan sihat, mendaftar keahlian di gym-gym. Kebanyakkan dari kita selalu mencuba untuk mencari jalan mudah untuk kurangkan berat badan.

Menurut EatThisNotThat, cara yang terbaik untuk menurunkan berat badan dan dapatkan bentuk badan yang ideal pada tahun 2022 adalah dengan mendapatkan nasihat dari pakar diet.

Jadi, daripada buang masa lakukan kajian yang tidak berpenghujung, masa tersebut boleh digunakan untuk membakar lemak degil itu. Berikut 5 cara terbaik yang boleh diguna pakai pada tahun 2022 menurut pakar.

1. Mendapatkan rehat yang cukup.

Su-Nui Escobar berpendapat,tidur yang baik pada waktu malam dapat memberi kesan yang menakjubkan pada anda. Pertama, ia dapat mengurangkan keinginan anda terhadap gula dan stabilkan hormon yang mempengaruhi rasa lapar dan selera makan. Tambahan, ia mampu memberikan tenaga yang cukup untuk anda melakukan senaman selepas bangun dari tidur.

2. Hentikan tabiat ‘all-or-nothing’ terhadap makanan sihat.

Menurut Escobar lagi “Kebanyakan orang mengalami pertambahan berat badan kerana menahan lapar selama beberapa hari. Malah bila mula menjamah makanan yang tidak ada dalam diet mereka, mereka ambil secara berlebihan pula.”

3. Protein dalam setiap hidangan.

Penambahan protein amatlah penting pada setiap hidangan sarapan pagi anda. Memetik kenyataan dari Escobar dalam laman EatThisNotThat, protein dalam hidangan sarapan mampu mebuat perut rasa kenyang dalam tempoh yang lama. Ia mampu menahan keinginan kepada makanan yang berkalori tinggi dan lemak tinggi hingga waktu makan seterusnya tiba.

4. Rancang pengambilan snek dan manisan.

Sediakan alternatif untuk pengambilan snek dan manisan. Akan ada hari tekak kita akan rasa nak makan sesuatu yang manis atau makanan ringan lainnya. Dengan adanya alternatif tersebut, ia amatlah membantu untuk proses penurunan berat badan berjalan dengan lancar dan berhasil.

5. Makan makanan tinggi kalori pada waktu pagi dan tengahari.

Awal hari adalah waktu terbaik badan kita memproses makanan dan makan ketika lewat malam akan menyebabkan proses penurunan berat badan anda jadi lambat, atau mungkin gagal. Ini kerana, hormon yang mengawal glukosa dalam badan akan menghadam terus ke dalam sel dan tidak akan berfungsi dengan baik.

“Melangkau waktu makan anda pada siang hari akan menyebabkan anda mengambil hidangan yang banyak apda waktu malam. Ianya akan lebih sukar untuk berat badan dikawal dengan pengambilan kalori berlebihan pada waktu malam. Satu kelebihan jika anda mampu mengurangkan makan malam anda,” menurut Elizbeth Ward.

Sumber: EatThisNotTha

Faiz Mustafa