Siakap Keli
Kredit : TikTok mraizbron

(Video) Gerun, Dashcam Rakam Budak Melintas Jalan Nyaris Digilis, Mujur “Driver” Lori Perasan & Sempat Brek

Keselamatan jalan raya amatlah penting untuk diberikan perhatian, terutama sekali bagi kanak-kanak. Pantang nampak pintu rumah terbuka, terus berdesup keluar.

Perkara pertama yang mereka tahu adalah akan meluru ke arah jalan raya dan aka terdedah dengan bahaya.

Maka, ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak anda untuk mengelakkan mereka berlakunya musibah sebegini.

Seperti perkongsian video daripada akaun TikTok mraizbron apabila seorang kanak-kanak nyaris dilanggar lori semasa sedang melintas jalan.

Namun, nasib masih menyebelahi kanak-kanak tersebut apabila kedua-dua buah lori tersebut sempat menekan brek.

Menerusi video tersbeut, kebetulan terdapat dua buah motor yang sedang lalu dan menyaksikan kejadian tersebut.

Salah seorang daripada mereka terus meluru ke arah kanak-kanak itu dan mendukung kanak-kanak tersebut ke tepi jalan.

Video yang dikongsikan itu telah mendapat perhatian warganet dan rata-ratanya berasa bimbang dengan keselamatan kanak-kanak tersebut.

@mraizbron

hati-hati guys, sentiasa waspada pada anak-anak mereka tidak tahu akan bahaya. #takecare #fyp

♬ Sholawat Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi rakaman cctv ini diambil dan bila kejadian ini berlaku.

Sumber : TikTok mraizbron

Fathin Nadzira