Siakap Keli
Gambar: @primadona_trans88

(Video) Lelaki Nyaris Jadi Lauk Sang Bedal, Tengah Berenang Tiba-tiba Diterkam Buaya Hingga Berdarah Bahu

Cuaca panas-panas ini memang seronokkan kalau dapat berendam dalam kolam, sungai, atau laut. Kalau di kampung mesti ada yang selalu suka berendam dalam sungai-sungai kecil yang ada, bukan?

Tetapi korang yakin ke yang sungai-sungai itu selamat? Malang memang tak berbau, kadang-kadang bila kita rasa kita sudah berhati-hati dalam segala hal yang kita hendak buat tetap akan ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Seperti sebuah video yang dikongsikan di akaun TikTok @primadona_trans88, rakaman menunjukkan seorang pemuda digigit oleh seekor buaya di dalam sebuah tasik.

Pemuda tersebut kelihatan sedang berenang bersendirian, dan tanpa dia sedar buaya tersebut datang dari tepi dan mencuba untuk menggigit pemuda tersebut.

Di dalam video itu kelihatan pemuda tersebut ‘berperang’ dengan buaya itu selepas ia mencuba untuk membaham pemuda itu. Pemuda itu kemudiannya dengan pantas mengelak dan berenang untuk menyelamatkan dirinya.

@primadona_trans88

Semoga tidak dihapus lgi oleh tiktok🙏 #fyp #videoviraltiktok2021 #fypage

♬ Buah Jadi Permadani Cover – ns78_officiall

Sumber: @primadona_trans88

Zahirah