Siakap Keli

(Video) Gunung Berapi Hunga Ha’apai Di Tonga Meletus Sebentar Tadi, Letusan Nampak Hingga Ke Angkasa Lepas

Gunung berapi  bawah laut Hunga Ha’apai  di Tonga dilapor meletus sebentar tadi yang menyaksikan letusan kelihatan hingga ke angkasa dan berjaya dirakam satelit.

Letusan pada Sabtu itu menyebabkan amaran tsunami telah dikeluarkan. Manakala, melalui perkongsian di media sosial, beberapa kawasan pantai di Tonga sudah dilanda ombak besar.

 

 

 

Lapor The Island Business, pihak polis dan tentera memindahkan Raja Tonga Tupou VI dari istananya yang berhampiran dengan pantai.

 

 

Menurut laman web, imej satelit juga menunjukkan kepulauan abu, wap dan gas selebar 5 km ( 3 batu) naik ke udara kira-kira 20 km (12 batu).

Selain Tonga, amaran tsunami dilaporkan turut dikeluarkan di kawasan-kawasan pantai New Zealand, negara berdekatan dengan Tonga.

Para pegawai di New Zealand dilaporkan telah memberi amaran mengenai lonjakan rbut yang akan berlaku akibat letusan tersebut.

Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan berkata beberapa bahagian New Zealand boleh menjangkakan arus yang kuat dan luar biasa serta lonjakan yang berlaku tidak dapat diramal berikutan letusan tersebut.

Sumber : Washington Post

Fathin Nadzira