Siakap Keli

TERKINI: Satu Lagi Letusan Gunung Berapi Di Tonga Dikesan – Laporan

Satu lagi letusan gunung berapi di perairan Tonga dilapor berlaku kira-kira awal pagi tadi, memetik laporan terkini agensi AFP sebentar tadi.

Darwin Volcanic Ash Advisory Centre juga melaporkan satu lagi letusan gunung berapi dikesan di perairan tersebut pada malam Ahad selepas dua hari letusan pertama.

Sementara itu, Mirror melaporkan, Pusat Amaran Tsunami Pasifik memberi amaran mengenai gelombang ombak lebih besar di kawasan tersebut.

“Ini (ombak) mungkin daripada letusan gunung berapi di Tonga yang lain. Tiada saiz gempa bumi yang signifikan untuk mengesan gelombang ini,” maklumnya, memetik Mirror.

Bagaimanapun menurut Mirror, tiada amaran tsunami dikeluarkan di kawasan tersebut setakat ini.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Mirror / AFP 

Faiz Mustafa