Siakap Keli
Gambar: Via Bored Panda

Pelik, Bandar Ni Tak Dapat Cahaya Matahari 5 Bulan Dalam Setahun

Cahaya sangat penting untuk tumbuhan dan haiwan. Malah cahaya matahari juga sangat bagus untuk manusia kerana khasiat vitamin D padanya yang membekalkan khasiat tertentu untuk tubuh.

Dengan adanya cahaya matahari, kita dapat menjalankan kerja kita sehari-hari dengan mudah tanpa sebarang halangan. Lebih-lebih lagi ia percuma tanpa perlu bayar sejumlah ‘bil’.

Tetapi bagaimana pula dengan bandar yang tidak mendapat sumber cahaya matahari yang mencukupi itu? Adakah mereka terpaksa menggunakan sumber cahaya daripada lampu ataupun mereka akan terus hidup dalam kegelapan?

Bagi merungkai persoalan-persoalan tersebut, ayuh ikuti perkongsian daripada beberapa laman ini.

Bandar ini tak terima cahaya matahari

Gambar: Via Bored Panda
Gambar: Via Bored Panda

Menurut Insider, terdapat satu bandar di Norway yang bernama Rjukan. Bandar ini dipercayai tidak menerima sebarang cahaya matahari bermula daripada September hingga Mac, iaitu hampir lima bulan. Kira-kira 3,386 orang penduduk yang dipercayai tinggal di Rjukan.

Sebab mengapa bandar ini dikatakan tidak menerima cahaya matahari adalah kerana ia terlindung oleh gunung yang mengelilingi bandar ini.

Oleh itu, bandar ini mengambil inisiatif untuk menggunakan sebuah cermin besar bagi memantulkan cahaya seluas 600 meter persegi iaitu kira-kira seluas kolam renang.

Cermin berkuasa solar itu diletakkan dari puncak pergunungan paling tinggi untuk menjejaki pergerakan matahari dan berfungsi untuk memantulkan cahayanya ke bahagian bandar Rjukan.

Berikutan itu, cahaya matahari bersinar akan menghala tepat ke arah dataran pekan ini dan menjadikan itu sebagai salah satu tumpuan ramai.

Menurut Bored Panda pula, terdapat salah seorang penduduk tempatan yang merupakan warga Rjukan sudah terbiasa hidup tanpa cahaya matahari. Perkara ini menyebabkan orang-orang di sana seolah-olah tidak percaya bahawa terdapat ‘matahari palsu’ di sana.

Bagi masyarakat di sana, jika adanya matahari palsu ini membuatkan mereka seperti berada di dunia baru. Malah tubuh badan mereka dapat dipanaskan manakala minda akan terbuka luas dan berasa segar dengan adanya cahaya ini.

Di Rjukan terdapat satu air terjun yang dikenali sebagai Rjukan Fall iaitu sebuah air terjun yang mempunyai ukuran sepanjang 104 meter.

Gambar: Via Bored Panda
Gambar: Via Bored Panda
Gambar: Via Bored Panda
Gambar: Via Bored Panda
Gambar: Via Bored Panda
Gambar: Via Bored Panda
Gambar: Via Bored Panda
Gambar: Via Bored Panda
Gambar: Via Bored Panda

Sumber: Insider, Bored Panda

Nadhirah