Siakap Keli

Guna Aplikasi Ini Untuk ‘Melawat’ Rumah Idaman

Memiliki rumah sendiri sememangnya sudah menjadi impian kebanyakan orang tidak kiralah sama ada masih bujang ataupun sudah berumah tangga. Apa tidaknya, dengan mempunyai rumah di atas nama sendiri, ianya menjadikan satu pencapaian dan kelegaan terutamanya apabila memikirkan hari tua kelak.

Walau bagaimanapun, memilih rumah untuk dimiliki bukanlah satu perkara yang mudah. Sudah pasti setiap orang mahukan rumah yang selesa, berada di kedudukan yang strategik, mempunyai faedah pasca pembelian dan juga kejiranan yang harmoni.

Antara ‘demand‘ dalam proses untuk memiliki rumah adalah ingin melihat di setiap sudut sama ada ruang dalam mahupun di luar sesebuah rumah yang dibina. Tapi, tahukah anda terdapat satu aplikasi hebat yang boleh membawa anda ‘mengunjungi’ rumah idaman anda tanpa perlu bersusah payah membawa diri ke tempat berkenaan.

Aplikasi UDA Property

Aplikasi UDA Property merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan untuk pelanggan-pelanggan UDA Property bagi memudahkan pelbagai urusan seperti mendapatkan maklumat, melihat sudut rumah melalui telefon pintar, malah turut boleh membuat kiraan pinjaman hartanah anda.

Antara ciri-ciri menarik yang anda boleh manfaatkan adalah seperti Walkthrough di mana anda boleh melihat setiap sudut dalam kediaman menerusi ciri 360 darjah dalam aplikasi tersebut.

Anda juga boleh menggunakan kalkulator pinjaman, tempahan janji temu, LiveChat dan pelbagai maklumat hartanah di dalam aplikasi ini termasuklah mengenai UDA 50 Golden Offer.

Apa yang lebih menarik perhatian dalam aplikasi ini adalah ciri Rewards dengan Loyalty Rebate berdasarkan jumlah terkumpul pembelian hartanah dan setiap peringkat yang sepadan dengan rebat berkenaan. Selain itu, pelanggan setia juga boleh nikmati promosi terkini dan baucar menarik mengikut tier kesetiaan masing-masing. Tambahan lagi, anda juga akan mendapat kadar promosi terkini dan baucar menarik menerusi projek ini. Walau bagaimanapun, tawaran ini tidak terpakai untuk rumah mampu milik seperti Rumawip, Selangorku atau sebarang bentuk skim perumah kerajaan.

Buat tempahan temu janji dalam aplikasi

Bukan itu sahaja, aplikasi UDA Property juga membolehkan pengguna untuk menempah temu janji pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan serta merta. Jadi lebih mudahlah urusan kerana tidak perlu menghubungi pegawai-pegawai bertugas untuk membuat ‘booking appointment‘.

Ganjaran Pengguna

Walaupun sudah banyak ganjaran yang disediakan dalam aplikasi ini seperti rebat, namun ianya tidak terhenti setakat itu sahaja kerana aplikasi ini akan terus menampilkan ganjaran eksklusif yang boleh ditebus pengguna.

Lebih menarik, bagi pelanggan yang setia, ganjaran ini akan menjadi lebih tinggi. Antara ganjaran yang boleh dinikmati adalah seperti di restoran ChiquiDon, The Food Company, Vin’s Restaurant, Big Boys BBQ dan banyak lagi.

Memang rugilah kalau anda tak install aplikasi ini di dalam telefon pintar anda. Ganjaran menarik lain juga menanti anda semua, jadi rugilah kalau nak lepaskan peluang kan. Sekiranya anda berminat dan mahu mendapatkan maklumat lanjut, layari pautan yang tertera di bawah:

Download Aplikasi UDA Property App di:

Apple App Store

Android

Laman Web: UDA Property

Youtube: UDA Property Malaysia

Facebook: UDA Property Malaysia

Instagram: UDA Property Malaysia

Telegram : UDA Property

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa