Siakap Keli
Gambar Hiasan : sciphysics.com

Seperti Bola Pendafluor, Lelaki Michigan Menemui Sebuah Batu Bercahaya ‘Yooperlites’

Seorang lelaki telah menjumpai sebuah batu yang bercahaya di sebuah pantai Michigan pada musim panas baru-baru ini.

Menerusi akaun ciapan Amazing Nature, batu tersebut dijumpai itu oleh seorang peniaga permata dan mineral, Erik Rinktamaki.

Menurutnya, dia sering mencari batu-batuan dan tidak menyangka menjumpai batu seperti bola pendarfluor yang dinamakan sebagai ‘Yooperlite‘.

Seperti lava yang memancarkan cahaya melalui celah-celah bumi, pancaran cahaya kelihatan seperti keluar melalui garisan-garisan pada batu kecil itu.

Rintamaki tahu bahawa itu bukanlah satu-satunya Yooperlite di luar sana, tetapi dia menemui sebarang maklumat mengenai batu tersebut di dalam talian.

Dia juga berkata bahawa semua orang yang pakar dalam bidang permata juga tidak mengetahui batu tersebut.

Rintamaki dikatakan kembali ke pantai tersebut pada waktu malam dengan membawa cahaya hitam untuk membantu menerangi batu bercahaya itu.

“Saya terpesona,” katanya.

Memetik daripada laporan, Michigan State University ada menghantar mesej kepadanya kerana berminat untuk membeli batu tersebut sebagai bahan kajian.

Michigan State, bersama-sama dengan Universiti Saskatewan dipercayai telah menyelidik Yooperlites selama berbulan-bulan.

Walaupun berkemungkinan orang lain ada melihat batu itu sebelum ini, namun pihak universiti terbabit memutuskan bahawa Rantamaki merupakan orang pertama yang mengesahkan Yooperlites dan menjadikannya sebagai ‘Christopher Columbus of Rocks’.

Menurut Mineral News, asal nama Yooperlites adalah daripada nama samaran ‘Yoopers ‘ merujuk kepada orang yang tinggal di Semenanjung Atas Michigan.

Hasil penemuannya telah disahkan dan didedahkan kepada umum pada Mei 2018 dan kini mengadakan lawatan untuk para pelancong yang ingin melihat Yooperlites.

Lawatan yang diadakan dipercayai menjelang senja dan mereka hendaklah menggunakan lampu bercahaya hitam untuk mencari Yooperlites.

Sumber : Amazing Nature

Fathin Nadzira