Siakap Keli
Gambar: Kompas

Tak Mahu Kos Bebankan Rakyatnya, Indonesia Tawar Pemasangan RFID Secara Percuma

Kepolisian Negara Republik Indonesia memaklumkan bahawa pihaknya akan memastikan rakyat di negara itu mendapat pemasangan tag Radio Frequency Identification (RFID) secara percuma.

Memetik laporan Wartakota, langkah tersebut dilakukan bagi memastikan orang ramai tidak dibebani dengan kos berkaitan dasar baharu itu.

Selain RFID, pengguna jalan raya juga boleh menukar warna asas plat kenderaan mereka daripada hitam kepada putih secara percuma.

“Ini semua dilakukan tanpa membebankan rakyat, tanpa ada sebarang kos,” kata Pengarah Pendaftaran dan Pengenalan (Diregent), Brigedier Jeneral Yusri Yunus.

Tambahnya, dia memohon agar rakyat negara itu memberikan sokongan dan kerjasama berhubung pertukaran plat kenderaan. Rancangan itu juga masih lagi dalam peringkat sosialisasi.

“Permohonan menukar warna nombor plat kenderaan dan pemasangan tag RFID akan dijalankan secara berperingkat bermula dengan peringkat sosialisasi,” ujar Yusri.

Tujuan plat kenderaan ditukar kepada warna putih ialah supaya kamera Electronic Traffic Law Enforcement (e-TLE) boleh mengesan nombor plat dengan lebih jelas.

Sumber: Wartakota

Sofea

There's always another side to every story