Siakap Keli
Gambar Via Solihin Razali

“Paling Best Palang Buka Lebih Awal,” Abang Ni Kongsi ‘Rahsia’ Tak Pernah Sangkut Ikut Lorong RFID

Sejak beberapa hari lalu, isu mengenai Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sangat hangat diperkatakan terutama apabila sistem tersebut dipercayai tidak dapat mengesan kereta pengguna yang melalui tol di beberapa laluan termasuk di Tol Sungai Besi. Ekoran itu, ramai pengguna yang meluahkan kekesalan mereka sehingga RFID menjadi trending kini di media sosial.

Tidak kurang juga ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan sistem tersebut terutama cara-cara untuk memasang tag RFID pada kereta dengan betul.

Seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Solihin Razali, yang mengatakan bahawa tag RFID telah dipasang bersebelahan nombor plat kereta.

Menurutnya, tag itu dipasang oleh pekerja tol di mana ia diuji terus dengan menggunakan pengimbas RFID  manual.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

RFID pasang di toll, diorang test guna scanner RFID manual:

  • Pasang kat windscreen tak detect (katanya sebab ada tinted, kejap bunyi kejap tak bunyi)
  • Pasang kat lampu tak detect (kejap bunyi kejap tak bunyi)

End up diorang pasang sebelah number plat, bunyi scanner berterusan detected walau dari pelbagai angle. Saya mula-mula tu ragu-ragu jugak, boleh detect ke idak ni.

Tapi so far dah seminggu ulang alik office, tak pernah sangkut lagi, dan yang paling best adalah palang buka lebih awal. Kereta saya sebelum ni pasang di windscreen, rapat dengan palang baru bukak, but this time, puas hati!

Siapa lagi geng RFID tepi plat?

Sumber: Solihin Razali

Sofea

There's always another side to every story