Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Vaksin Kanak-kanak Nak Mula Tak Lama Lagi, Ini Cara Nak Daftar Anak Umur 5 Hingga 12 Tahun Di MySejahtera

Seperti yang diketahui, kanak-kanak yang berusia lima hingga bawah 12 tahun akan menerima suntikan vaksin tidak lama lagi.

Keputusan pemberian vaksin itu adalah berdasarkan data, maklumat dan pandangan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) dan panel penulis Garis Panduan Klinikal Vaksinasi COVID-19 Kanak-Kanak.

Susulan itu, ibu bapa atau penjaga kini boleh mendaftarkan anak masing-masing di MySejahtera.

Bagi yang belum tahu bagaimana cara untuk mendaftar tanggungan baharu di aplikasi tersebut, ikuti perkongsian di bawah ini.

Sebelum itu, anda perlu memastikan bahawa tanggungan anda hanya didaftarkan pada satu akaun MySejahtera sahaja.

Langkah-langkah daftar tanggungan

1. Buka aplikasi Mysejahtera, klik ikon vaksinasi COVID-19 dan Tambah Tanggungan Vaksinasi.

2. Seterusnya, klik butang Tambah Tanggungan Vaksinasi dan lengkapkan borang. Anda boleh menambah lebih daripada satu tanggungan.

3. Sahkan pendaftaran dan jawab soalan penilaian kelayakan. Pastikan tanggungan anda didaftarkan melalui satu akaun MySejahtera sahaja.

Sumber: JKJAV

Sofea

There's always another side to every story