Siakap Keli

12 Kebaikan Madu Kelulut Untuk Wanita, No. 5 Paling Penting Kalau Nak Cantik

Madu ialah satu perkataan yang agak sensitif bergantung kepada konteks perbincangan. Kalau salah sebutnya pasti ada yang merajuk dan naik angin.

Secara umum madu ialah manisan yang kita boleh dapatkan daripada lebah tetapi, pasti anda semua tahu ‘madu’ lain yang menjadi kepahitan setiap wanita yang bergelar isteri.

Namun begitu, disini kita akan membincangkan berkenaan madu manisan yang pasti digemari oleh masyarakat dari pelbagai peringkat umur.

Anda semua pasti sudah maklum akan khasiat dan kebaikan yang kita boleh dapat daripada madu, bukan? Tetapi zaman sekarang madu kelulut telah menarik perhatian banyak orang, dan turut dikatakan madu kelulut juga mempunyai banyak khasiatnya.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, anda boleh mengikuti perkongsian daripada Hello Doktor berkenaan kebaikan madu kelulut ini.

12 Kebaikan Madu Kelulut Untuk Wanita, #5 Penting Kalau Nak Cantik!

Kelebihan lebah kelulut

Apa yang istimewa mengenai lebah yang dikenali dengan nama Trigona spp ini ialah ia tidak bersengat. Lebah yang tergolong dalam kumpulan apidae ini lebih terkenal dengan sebutan Kelulut di Malaysia.

Amnya, saiz lebah kelulut ini jauh lebih kecil – dianggarkan antara 3-5 milimeter (mm) dan mempunyai bentuk badan lebih langsing berbanding lebah madu biasa berwarna kuning hitam yang boleh menyengat.

Walaupun lebah kelulut tidak menyengat, tetapi ia boleh menjadi agresif, terutamanya apabila menerima ancaman.

Madu yang dihasilkan oleh spesies lebah ini ada kalanya dirujuk sebagai ibu segala ubat (mothers medicine).

Tetapi apakah kebaikan madu kelulut untuk wanita?

Perbezaan lebah madu biasa & lebah kelulut

Sebelum mengetahui kebaikan madu kelulut ini, ayuh kita fahami terlebih dahulu perbezaan antara lebah kelulut dan lebah madu biasa.

Gambar hiasan via Hello Doktor

Amnya, perbezaan paling ketara antara kedua-dua lebah ini sudah tentulah dari aspek fizikal seperti ciri luaran, warna dan juga khasiat madunya.

Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, nama saintifik bagi lebah kelulut ialah Trigona Spp, manakala lebah madu biasa dikenali dengan nama Apis spp.

Jika lebah madu biasa mempunyai sarang yang berbentuk heksagon, lebah kelulut pula sarangnya hampir menyerupai tempayan dan mempunyai satu laluan keluar masuk yang diperbuat daripada propolis.

Berbanding dengan madu biasa, madu lebah tanpa sengat ini berwarna sedikit gelap, tidak jernih dan mempunyai rasa agak masam manis dengan sedikit rasa lemon.

Kelebihan madu kelulut ini adalah ia dikatakan mempunyai rangkaian khasiat dan nilai pemakanan yang lebih tinggi berbanding madu biasa – 2 kali ganda lebih berkhasiat!

Kebaikan madu kelulut untuk wanita

Terdapat beberapa kajian dan laporan yang mendokumentasi faedah dan madu lebah tanpa sengat. Hasilnya madu ini mempunyai sifat antimikrob, antioksidan dan antiradang.

Gambar hiasan via Hello Doktor

Berikut antara beberapa kelebihan madu ini:

1. Bantu atasi alahan debunga

Ia dikatakan berfungsi sebagai vaksin semula jadi untuk membina antibodi kepada debunga.

2. Sumber tenaga semula jadi

1 sudu madu dicampurkan bersama 8 auns air – menjadikan ia minuman tenaga yang murah dan mudah disediakan.

3. Kebaikan madu kelulut untuk wanita #Sumber antioksidan

Madu kelulut ini kaya dengan sebatian antioksidan dan terapeutik. Ia mampu mencegah penurunan kognitif dan demensia, serta meningkatkan sistem kolinergik dan peredaran otak.

4. Melawan kanser

Antara khasiat madu kelulut ini adalah keupayaannya untuk menghalang atau mengurangkan kebarangkalian pembentukan sel kanser.

Keadaan ini adalah kerana ia boleh untuk meningkatkan status antioksidan dalam badan yang mana merupakan penghalang kepada pembentukan kanser.

5. Mengatasi masalah jerawat

Madu daripada lebah tanpa sengat ini dikatakan dapat mengurangkan kemerahan jerawat serta pertumbuhannya dan melegakan pelbagai jenis masalah kulit yang lain.

Gambar hiasan via Hello Doktor

6. Penyembuh luka dan ulser

Oleh sebab madu mempunyai sifat antimikrob dan antibiotik semula jadi, ia juga boleh digunakan untuk merawat luka dan melecur.

Madu yang disapu pada bahagian luka ini dapat mencegah komplikasi jangkitan.

Sifat antiradang dalam madu pula boleh melindungi tisu daripada mediator keradangan yang sangat bertoksik.

Manakala sifat pelembap dalam madu kelulut dapat meningkatkan penyembuhan luka dengan menggalakkan angiogenesis dan peredaran oksigen.

7. Ubat batuk asli

Konsistensi madu yang pekat membantu menyaluti tekak – melindunginya daripada batuk yang berterusan.

8. Rawatan untuk diabetes

Kombinasi madu mentah dan kayu manis bermanfaat dalam mengawal tahap gula darah yang sihat bagi mengurangkan risiko menghidap diabetes.

Ia juga membantu meningkatkan keberkesanan ubat yang digunakan untuk merawat diabetes.

9. Menggalakkan tidur lebih lena

Pengambilan madu dapat menggalakkan pembebasan melatonin dalam otak dan meningkatkan imuniti serta membantu membina semula tisu semasa berehat.

10. Kebaikan madu kelulut untuk wanita #Merangsang kesuburan

Madu kelulut dikatakan dapat memberikan kesan positif kepada hormon kesuburan.

Tetapi harus diingatkan ia bukanlah penyelesaian utama untuk semua masalah ketidaksuburan kerana pelbagai punca boleh menyebabkan keadaan kesihatan tersebut.

11. Merawat penyakit mata

Madu lebah tanpa sengat ini dipercayai memainkan peranan penting dalam merawat katarak yang disebabkan oleh bahan kimia.

12. Penjagaan kulit

Madu kelulut mampu untuk melembutkan dan membersihkan kulit. Sapukan madu kelulut pada permukaan kulit terutama pada bahagian kulit yang terasa kering.

Sumber: Hello Doktor

Zahirah