Siakap Keli
indonesia lulus pesalah zina dipenjara setahun
Gambar Hiasan via Google

Berhentikan Pekerja Tanpa Sebab, Majikan Diperintah Bayar RM23 Ribu

Majikan sebuah syarikat bengkel tayar dan membaiki kenderaan di Melaka diperintah Mahkamah Buruh untuk membayar wang berjumlah RM23,493.26 selepas memberhentikan seorang pekerja tanpa sebab munasabah.

Menurut Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Melaka, Johana Bakar, majikan mendakwa mekanik berusia 36 tahun itu mempunyai masalah disiplin sehingga dia diberhentikan.

Pun begitu, pihak majikan gagal membuktikan kepada Mahkamah Buruh pada 22 Januari lalu berkait dakwaan terhadap bekas pekerja tersebut. Syarikat itu kemudiannya diarah menyelesaikan bayaran berkenaan kepada bekas pekerja yang ditamatkan perkhidmatan tanpa mengikut undang-undang perburuhan negara.

Namun menurut Johana memetik laporan Sinar Harian, pihak JTK hampir melelong bengkel yang terletak di Melaka itu setelah majikan berkenaan didapati ingkar terhadap perintah mahkamah.

Perlaksanaan writ, tindakan melevi dan melelong aset syarikat bengkel tayar dan membaiki kenderaan itu dilaksanakan pada jam 10 pagi di premis terbabit.

“Syarikat itu didapati gagal membuat bayaran kepada bekas pekerjanya seperti diarahkan Mahkamah Buruh.

” JTK Melaka bersama Bailif Mahkamah Sesyen Melaka melaksanakan tindakan Writ Penyitaan dan Penjualan ke atas syarikat tersebut pada Rabu,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini, memetik laporan Sinar Harian.

Tambah Johana, syarikat berkenaan bagaimanapun terpaksa akur dan melangsaikan bayaran penuh kepada bekas pekerja tersebut sepertimana arahan yang dikeluarkan Mahkamah Buruh.

Sumber: Sinar Harian

Eyla Azri