Siakap Keli

“Sedar-sedar Dah Habis Bayar”, Kak Ngah Kongsi 3 Cara Bayar PTPTN, No 2 Tak Kacau Komitmen Korang

Dah berapa tahun korang grad? Tiga tahun, lima tahun? Tujuh tahun? Mesti ada yang belum habis bayar pinjaman PTPTN lagi, kan? Ya, Kak Ngah Patin faham tak semua mampu nak bayar selepuk. Lagi pulak dah kerja mesti nak beli itu ini. Nak pakai kereta, nak baju cantik-cantik dan macam-macam lagi yang teringin nak beli.

Kita kerja bukan semata-mata nak bayar hutang je. Tapi kita kena ingat, nak tak nak hutang kena bayar jugak. Wajib tau. Hutang ni termasuklah dengan pinjaman PTPTN korang tu. Korang bayar pinjaman PTPTN sekarang, untuk kegunaan generasi di masa akan datang juga. Dah, tak payah kusut-kusut, ni Kak Ngah Patin nak cerita macam mana korang boleh dapatkan diskaun untuk bayar PTPTN.

Mungkin ada yang belum tahu, sekarang ni ada insentif diskaun untuk bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 30 April 2022 tau. Ada 15% diskaun kalau korang bayar secara ‘lumpsum’, 12% kalau bayar sekurang-kurangnya separuh (50%) daripada baki pinjaman dalam sekali bayaran dan 10% kalau bayar melalui potongan gaji atau debit terus tiap bulan.

Meh sini Kak Ngah Patin kongsi cara nak settlekan pinjaman ini dengan mudah. Sedar-sedar dah habis bayar.

1. Potong gaji atau debit terus bulanan, dapat diskaun 10% hingga April

Kak Ngah Patin tahu, mesti banyak komitmen korang nak kena fikir setiap bulan, kan? Jadi, apa kata korang buat potongan gaji atau debit terus? Rancangan kewangan korang setiap bulan akan lebih mudah dengan cara ini sebab tahu-tahu je portion untuk bayaran pinjaman korang dah potong.

Macam mana caranya? Senang je.. Firstly, korang log masuk laman web PTPTN kat sini.

Kat Menu tu, korang pilih Penyata Baki, lepastu klik Pendaftaran Debit Terus. Haa.. kemudian masukkan maklumat yang diminta untuk link akaun bank korang. Tak payah dah susah-susah transfer setiap bulan.

Untuk buat potongan gaji, korang pilih Potongan Gaji, kemudian klik Mohon dan isi semua maklumat yang diperlukan.

Dengan cara ni, korang boleh dapat diskaun 10% setiap bulan tau sampai April ni. Rugi tak buat sekarang. Bayangkan dah berapa ringgit boleh jimat dari tawaran diskaun ni.

2. Bayar guna Akaun II KWSP pun boleh dapat diskaun!

“Malaslah simpan hutang lama-lama. Tak tenang hati rasa. Dah bayar hutang, hati pun senang.”

Kalau korang nak cepat selesaikan pinjaman PTPTN, korang boleh keluarkan Akaun II KWSP untuk buat bayar balik secara lumpsum. Bayangkan, kalau baki pinjaman korang RM17,000, diskaun 15% dah sama dengan RM2,550. Tak sangka boleh jimat sampai rm2,550, siap boleh guna duit KWSP bayar pinjaman PTPTN.

Kalau rasa tak mampu nak bayar penuh, boleh juga bayar separuh dan korang akan dapat 12% diskaun. Banyak tu, boleh belanja Kak Ngah Patin sekali. Haha. Ramai yang pilih pembayaran cara ni tau, sebab tak mengganggu komitmen bulanan korang.

Meh sini Kak Ngah Patin nak bagitau. Guna e-Pengeluaran KWSP ni, korang boleh keluarkan seberapa banyak pun korang nak mengikut baki pinjaman korang. Tak ada had & caj. Syaratnya, bayaran tu untuk pengajian Diploma ke atas. Jangan pulak bila dah keluarkan duit tu, korang bantai pergi melancong pula. Memang tak habis-habis la pinjaman PTPTN korang tu.

Jom Kak Ngah kongsi cara buat e-Pengeluaran.

1. Login i-Akaun, pilih Pengeluaran.
2. Klik e-Pengeluaran
3. Klik Permohonan Baru

Siap apply, korang akan dapat tahu status permohonan melalui SMS atau inbox i-Akaun korang.

Lepas tu, pergilah mana-mana cawangan KWSP bawa dokumen sokongan untuk pengecaman cap jari.

3. Tabung khas bulanan

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Kak Ngah Patin tahu, bukan senang nak menyimpan. Tapi tak mustahil. Korang mungkin boleh asingkan jumlah tertentu setiap bulan setiap kali dapat gaji. Korang kena disiplin dan tak salah jadikan amalan menabung ini sebagai tabiat korang terutamanya bila dapat gaji.

Tak pun, simpan ikut warna duit setiap minggu atau bulan. Pejam celik pejam celik, eh, dah cukup rupanya nak bayar pinjaman PTPTN bulan ni. Janji korang konsisten lah.

Eh…tapi korang jangan tak tahu, PTPTN pun ada produk simpanan tau. Pernah dengar tak Simpan SSPN? Menyimpan di Simpan SSPN lagi banyak kelebihan yang korang boleh dapat. Ada dividen, pelepasan taksiran cukai, manfaat perlindungan takaful…dan banyak lagi lah. Korang boleh dapatkan info lanjut dekat https://lovesspn.com. Klik-klik je!

Harapnya antara tips-tips yang Kak Ngah Patin kongsi ni, salah satu darinya boleh la membantu korang untuk melangsaikan pinjaman PTPTN ni ya. Macam Kak Ngah Patin ingatkan tadi, ini kan tanggungjawab kita untuk melunaskannya supaya anak cucu kita nanti boleh nikmati kemudahan ni.

Eh…tapi sekejap! Siapa Kak Ngah Patin ni ye?
Ha…inilah ikon PTPTN yang penuh dengan informasi berkenaan PTPTN.

Jom tengok video dekat bawah ni macam mana Kak Ngah Patin bercakap pasal PTPTN:

Amira

Love yourself.