Siakap Keli
Gambar: Hydracoco.com

Tak Pernah Terfikir, Ini Sebenarnya Penjelasan Dari Mana Air Dalam Buah Kelapa Datang

Pasti ramai diantara kita yang amat menggemari air kelapa. Mana tidaknya, kalau minum diwaktu panas terik, tekak boleh jadi lega.

Walaupun ramai yang menyukai air tersebut, tapi mesti ada segelintir daripada kita yang pastinya pernah timbul persoalan di minda berkenaan bagaimana air kelapa itu boleh ada di dalam buah tersebut.

Pelik kan? Dari mana air tu datang sebenarnya? Jika nak dikatakan bahawa buah kelapa itu bocor dan air hujan memasukinya melalui bocoran itu pun seakan tidak logik juga.

Bagi menjawab persoalan tersebut, satu akaun Facebook bernama Ini Sains Beb ada menjelaskannya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:

Sebenarnya air tak “masuk”, sebaliknya air kelapa ini merupakan endosperma kelapa dalam bentuk cecair.

Apa? Endosperma?

Ok, jom kita ulangkaji sedikit. Kelapa, atau nama saintifiknya ‘Cocos nucifera’ (C. nucifera) merupakan tanaman dari keluarga Arecaceae, yang merupakan sebahagian dari kumpulan Angiosperma, atau tumbuhan berbunga.

Tumbuhan berbunga, amnya kita tahu ada bunga jantan yang menghasilkan debunga (pollen) dan bunga betina yang mempunyai ovari di mana apabila persenyawaan berlaku, ovari ini akan matang dan menjadi buah. Ini secara ringkaslah. Perkara yang sama berlaku dengan buah kelapa.

Proses persenyawaan yang berlaku menghasilkan bahagian embrio yang akan bercambah membentuk akar dan daun, dan bahagian endosperma, yang melindungi embrio dan membekalkan embrio nutrien yang diperlukan untuk percambahan.

Maka, air kelapa muda sebenarnya adalah bahagian endosperma yang berada dalam bentuk cecair, juga dikenali sebagai “liquid endosperm”. Semasa proses kematangan, bahagian endosperma yang berbentuk cecair ini akan berubah menjadi isi kelapa yang berwarna putih. Haa sekarang dah faham dari mana datangnya air kelapa di tengah-tengah buah kelapa ni?

Aqmal Ezany

I write what is right