Siakap Keli
Foto: Istana Negara

Agong, Raja Permaisuri Timang Dua Cucu Serentak

Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Hajah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar menimang dua orang cucunda baru-baru ini.

Khabar gembira itu dikongsikanĀ  menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara yang memaklumkan bahawa Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser diputerakan pada 31 Januari, manakala Tengku Aleya Norlini Shah Binti Tengku Abu Bakar Ahmad pada 2 Februari 2022.

Gambar: Istana Negara

Difahamkan, Yang Mulia Tengku Nuh Muhammad Shah merupakan anakanda ketiga Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.

Manakala Yang Mulia Tengku Aleya Norlini Shah pula merupakan anakanda kedua Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.

Pengguna Facebook turut menzahirkan ucapan sembah tahniah dan mendoakan kesejahteraa buat kedua-dua cucunda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri.

Sumber: Istana Negara

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang