Siakap Keli
Kredit: Holidify

Indonesia Dah Buka ‘Pintu Pelancongan’ Bali, Ini 7 Pulau Menarik Yang Korang Boleh Pergi

Bali, pulau percutian yang menjadi pilihan ramai di Indonesia akan dibuka semula kepada pelancong luar bermula 4 Februari. Mereka mengalu-alukan para pelancong yang telah divaksin untuk mengunjungi pulau tersebut.

Seperti yang kita tahu, Bali adalah antara pusat pelancongan yang sering dikunjungi dan mendapat perhatian ramai pelancong termasuk artis-artis dan orang-orang berpengaruh kerana pulau-pulaunya yang cantik.

Oleh itu, hari ini Siakap Keli ingin kongsikan tujuh pulau yang korang perlu tahu sebelum berkunjung ke pulau ini. Boleh buat persedian awal untuk ‘terbang ke Bali’.

Tujuh pulau yang korang perlu tahu sebelum melancong ke Bali

1. Pulau Nusa Penida

Kredit: Holidify

Terletak di bahagian tenggara Bali, Indonesia, pulau ini turut digelar pulau paling eksotik dari tiga Pulau Nusa yang sedia ada. Walaupun tidak mempunyai infrastruktur yang baik, Nusa Penida memiliki lagun dan tebing yang cantik.

Menurut Holidify, kawasan tersebut sangat sesuai untuk melakukan aktiviti skuba untuk menerokai terumbu karang dan berenang bersama ikan pari serta jerung paus. Merupakan rumah asal bagi habitat burung jalak bali, pulau ini harus ada dalam ‘busket list’ korang.

2. Gili Trawangan, Lombok

Kredit: Holidify

Pulau Gili adalah antara tiga pulau yang berhampiran dengan Lombok dan merupakan destinasi yang kerap kali menjadi tumpuan para pelancong. Memetik artikel dari Holidify, tidak mempunyai kenderaan bermotor seperti kereta dan sebagainya, pelancong boleh menikmati keindahan kawasan pulau ini dengan mengayuh basikal mengelilingi pulau ini.

Untuk makluman, ianya hanyalah sebuah pulau kecil yang terletak di Bali.

3. Lombok – Pulau Syurga

Kredit: Holidify

Meneruskan penerokaan ini, pulau yang seterusnyan adalah Lombok yang juga dikenali sebagai pulau syurga di timur. Terletak di bahagian Laut Hindi yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Sunda Kecil.

Digelar ‘Bali yang belum dicemari’, Lombok adalah destinasi utama warga tempatan sebelum ia menjadi sesak dan mendapat tumpuan pelancong luar dan merupakan pusat pelancongan arus perdana.

Setelah mendapat perhatian pelancong, kini Lombok adalah salah satu pulau yang wajib dikunjungi terutama kepada mereka yang gemar dengan aktiviti ‘surfing’.

4. Nusa Menjangan

Kredit: Holidify

Seterusnya adalah Nusa Menjangan yang dikenali sebagai ‘crystal clear’ dan air laut yang tenang menjadikan ia sangat sesuai untuk aktiviti skuba dan snorkelling. Menurut Holidify, pelancong yang pernah menyelam di pulau ini memuji kekayaan biodiversiti yang terdiri daripada ikan yang bewarna-warni dan batu karang.

Selain itu, terdapat juga rusa-rusa jawa yang sangat jarang ditemui yang dikenali ‘Mengajan’ asal usul nama pulau ini. Orang ramai dan pelancong boleh menyeberangi pulau ini dengan bot yang disediakan dari pelabuhan Labuhan Lalang di Bali Utara.

Meskipun itu, pengunjung perlu mendapatkan permit dan panduan sebelum boleh berkunjung ke pulau ini. Selain itu, antara daya tarikan lain pulau ini adalah Kuil Segara Giri Dharma Kencana yang mempunyai patung Ganesh yang menjulang tinggi menghadap laut.

5. Nusa Lembongan

Kredit: Holidify

Pulau Nusa adalah sebuah kumpulan pulau yang berada di wilayah pantai tenggara, Bali dan Nusa Lembongan adalah pulau yang terbesar. Pulau ini juga merupaka pulau paling terkenal kerana sesuai untuk melakukan aktivti sukan air dan mempunyai air laut yang jernih.

Mempunyai ombak yang cantik dan sesuai untuk aktiviti peluncuran, menurut Holidify, ianya telah menarik perhatian peluncur di seluruh dunia. Pulau ini juga menjadi tempat persinggahan kepada mereka yang berkunjung ke Bali dan Lombok kerana mempunyai fasiliti yang baik dan mesra pelancong.

6. Gili Air

Kredit: Holidify

Merupakan salah satu dari tiga Pulau Gili yang terdapat di Indonesia dan paling yang paling dekat dengan Lombok. Ia menawarkan pengembaraan terbaik dari kedua-dua dunia ini. Dari kuil ke air terjun, kawasan pondok tepi pantai dan kawasan meluncur yang terpencil.

Selain itu, terdapat juga pusat memancing, menunggang kuda, ski air dan mendaki papan. Selain itu, kepada penggemar sukan golf, pulau ini turut menyediakan padang golf 18 lubang hanya mengambil masa 10 minit menaiki bot.

7. Gili Gede

Kredit: Holidify

Gili Gede merupakan pulau kecil, lasak dan terpencil yang terletak di pantai barat daya Lombok. Walaupun merupakan pulau yang kecil, Gili Gede adalah terjemahan dari perkataan ‘Pulau Besar berukuran 4×1.6 km.

Tarikan utama pulau ini adalah tempat meluncur yang terbaik di dunia dengan peluncur kidal paling lama telah dicatatkan. Gili Gede juga merupakan syurga bagi penggemar snorkelling kerana airnya yang jernih dan dipenuhi dengan hidupan marin, sudah pasti iainya sesuatu yang menakjubkan.

Walaupun Indonesia telah membuka ‘pintu pelancongan’, pengunjung tetap perlu menjalani kuarantin selama lima hingga tujuh hari sebelum boleh menikmati keindahan dan keseronokan Bali.

Sumber: Holidify

Faiz Mustafa