Siakap Keli
Ganbar: TikTok BossAdrian_DerissoGadget

(Video) Tolong JANGAN Sesekali Letak Powerbank Korang Kat 3 Tempat Ni Kalau Nak Pakai Lama

Siapa sahaja yang tak pernah mengalami saat di mana powerbank cepat rosak. Kalau tak sebab rosak mesti sebab bateri powerbank kembung.

Seperti yang diketahui umum, powerbank ini adalah satu alat elektronik yang memudahkan masyarakat untuk membawanya ke mana sahaja.

Powerbank inilah yang akan menyimpan kuasa bateri dan kemudiannya ia digunakan untuk mengecas bateri smartphone atau mana-mana alat peranti elektronik yang lain.

Ramai antara anda yang memiliki powerbank dan gemar untuk membawanya ke mana sahaja. Tetapi masih ada antara anda yang tidak tahu bahawa terdapat beberapa tempat yang tidak sesuai untuk kita meletakkan powerbank.

Jangan risau kerana Boss Adrian ada jalan penyelesaiannya. Tiga tempat ini anda wajib elak daripada jadikannya tempat untuk meletakkan powerbank.

1. Tempat basah
2. Jangan simpan sekali dengan kunci atau benda-benda tajam.
3. Dekat tempat yang sangat panas

Mesti ada antara tempat-tempat ini yang anda pernah cuba jadikannya tempat untuk letak powerbank kan? Jadi apa tunggu lagi, inilah masanya untuk anda elakkan daripada berbuat sedemikian lagi.

Tiga tempat ini sangat tidak digalakkan untuk anda meletakkan powerbank. Boss Adrian ada berkongsikan dengan lebih lanjut sebab mengapa tempat-tempat ini tak boleh kita jadikan tempat untuk letak powerbank.

Nak tahu dengan lebih lanjut, anda boleh tonton video di bawah.

@bossadrian_derisogadget

Serius jangan ikut macam Ken 😅 #tiktokmalaysia #foryourpage #gadgetstouse #gadgetlover #learnontiktok #jombelajar #tiktokguru #powerbanktip #powerbankhack

♬ original sound – BossAdrian_derisogadget – BossAdrian_derisogadget

Sumber: TikTok BossAdrian_DerissoGadget

 

Nadhirah