Siakap Keli

Tular Monyet Mabuk, Disyaki Diberikan Benda ‘Pelik’

Baru-baru ini tular video seeokor monyet kelihatan terhuyung-hayang dipercayai diberikan ‘sesuatu’ oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Menerusi video tesebut, jelas kelihatan lelaki itu memegang sejenis bungkusan pelik.

Bungkusan pelik tersebut disyaki adalah ‘sesuatu’ yang mungkin sejenis makanan yang diberikan kepada monyet itu sehingga menyebabkannya seolah-olah tidak sedarkan diri atau mabuk.

Oleh sebab video tersebut, ianya mengundang pelbagai reaksi oleh netizen yang rata-ratanya beranggapan bahawa perbuatan tersebut disifatkan sebagai kejam.

Apa komen netizen? 

Video tular tersebut mencetus pelbagai reaksi netizen di ruangan komentar. Berikut di bawah adalah komentar terpilih.

“Ada yang bagi minum apa ni….”

“Banyak dia bagi tu….”

“Sekarang kau boleh lepas…”

“Pon boleh jadi bahan lawak…”

Sumber: awam

Faiz Mustafa