Siakap Keli
Gambar Via Detik News

Penduduk Gempar, Ikan Aneh Satu Kepala Tapi Berbadan Dua Ditemui

Para penduduk di Garut, Bandung di Indonesia digemparkan dengan penemuan seekor ikan kap yang aneh, pada Selasa lalu, lapor Detik News.

Difahamkan, ikan itu kelihatan aneh kerana ia mempunyai satu kepala tetapi berbadan dua. Ia ditemui oleh seorang penduduk, Dodi Sopandi ketika menangkap ikan di kawasan Ciparay di wilayah itu.

Dodi berkata dia segera memuat naik mengenai penemuannya itu ke dalam kumpulan Facebook masyarakat Garut menerusi akaun peribadinya. Setelah itu, ikan tersebut menjadi bualan warganet sehingga ke hari ini.

“Apabila menjumpai ikan itu pada Selasa lalu, saya terus memuatnaik gambarnya ke laman Facebook,” katanya.

Gambar Via Detik News

Memetik laporan Detik News, ikan kap itu mempunyai dua sirip dan ekor di sebelah kiri manakala bahagian bawah perutnya kelihatan lebih besar daripada ikan kap yang lain.

Ikan itu kini disimpan di kolam ikan persendirian di rumah Dodi di Majalaya dalam wilayah Bandung.

“Selepas menemuinya saya terus membawanya pulang ke rumah dan simpan di dalam kolam,” katanya.

Sementara itu, Dodi berkata dia bercadang untuk menjual ikan tersebut sekiranya ada yang berminat kerana dia risau untuk menjaga ikan tersebut.

“Kalau ada yang nak beli, teruskan,” ujar Dodi.

Sumber: Detik News

Sofea

There's always another side to every story