Siakap Keli
Gambar: Flight Global

Dipercayai Mengandungi Bahan Berbahaya, Malaysia Airlines Larang Bawa Hidangan Dengan Pek Pemanas Sendiri

Berkuat kuasa serta merta, Malaysia Airlines dilaporkan telah melarang sebarang bentuk makanan siap saji atau hidangan pemanasan sendiri dalam semua penerbangan mereka.

Memetik laporan Astro Awani, Malaysia Airlines dalam satu kenyataan berkata larangan tersebut turut dikenakan sama ada dalam bagasi berdaftar atau kabin oleh penumpang atau anak kapal atas faktor keselamatan.

“Hidangan Pemanasan Sendiri atau Hidangan Sedia untuk Dimakan termasuk pek haba atau pek pemanasan sendiri yang cepat dan mudah seperti periuk panas, nasi dan minuman,” kata Malaysia Airlines dalam kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, keselamatan dan keselesaan penumpang dan anak kapal kekal penting bagi pihak Malaysia Airlines.

“Pek ini mengandungi bahan berbahaya seperti serbuk magnesium, serbuk besi, karbon pepejal terbakar sendiri atau kalsium oksida yang menghakis yang membebaskan gas mudah terbakar apabila terkena air,” ujar Malaysia Airlines.

Sumber: Astro Awani

Sofea

There's always another side to every story