Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

Ngeri, Ahli Baharu Kartel Dadah Dilapor Dipaksa Makan Jantung Musuh

Sebuah kartel dadah di Mexico dilaporkan telah memaksa ahli baru mereka menjadi kanibal apabila tular satu video yang menyaksikan mereka sedang ‘menjamu’ jantung milik musuh, bulan lalu.

Memetik laporan Daily Mail, kartel generasi baharu yang dikenali sebagi Jalisco itu berkongsi rakaman tersebut ketika seorang ahlinya memakan jantung daripada dada musuh yang dibunuh oleh mereka di Zacatecas.

Menerusi video itu, tangan mangsa dilihat telah diikat dan dadanya dibelah. Sebahagian mayat lain juga dapat dilihat di belakang mangsa bersama ahli Jalisco yang sedang berjaga-jaga.

Difahamkan, kartel itu menjadi salah satu kartel paling dominan di negara tersebut dan beroperasi di sekurang-kurangnya 35 negeri di seluruh Mexico dan Puerto Rico.

Kartel yang diketuai oleh Nemesio ‘El Mencho’ Oseguera Cervantes itu telah mula menggabungkan kanibalisme sebagai sebahagian daripada kaedah intimidasi mereka.

Rakaman-rakaman keganasan yang dilakukan oleh mereka digunakan untuk mengancam kumpulan saingan dan menunjukkan dominasi, sebagai sebahagian daripada teknik termasuk menunjukkan senjata baharu dan teknologi ketenteraan yang dimiliki oleh kumpulan itu.

Sumber: Daily Mail

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.