Siakap Keli
Gambar via Twitter

(Video) “Cakap Dengan Ayah, Jangan Menangis,” Raungan Haidar Di Bawah Perigi Undang Pilu

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dikenali sebagai Haidar dilaporkan terperangkap di dalam perigi di selatan Afghanistan, sejak Selasa.

Haidar dikatakan terperangkap pada kedalaman 10 meter di dalam perigi buta setinggi 25 meter yang terletak di wilayah Zabul.

BACA: Misi Menyelamat Haidar, Kanak-Kanak Terperangkap 2 Hari Dalam Perigi Di Afghanistan

Menurut Setiausaha Timbalan Perdana Menteri Afghanistan, Abdullah Azzam, pasukan penyelamat telah dikerahkan ke sana bersama ambulans, bantuan oksigen dan keperluan-keperluan lain.

Ketika ini usaha menyelamat dibantu mesin jentolak sedang giat dijalankan termasuk menurunkan kamera ke dalam perigi bagi memantau keadaan kanak-kanak itu.

Berdasarkan rakaman, Haidar dilihat berada di dalam lubang yang sempit tetapi masih dapat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.

Lebih menyentuh hati, kedengaran suara tangisan kanak-kanak itu yang ketakutan setelah terperangkap lebih 50 jam.

BACA: Proses Menyelamat Berdepan Kesukaran, Haidar Kelihatan Tapi Tak Boleh Ditarik Keluar

Menurut laporan DailyMail, Haidar sempat bercakap dengan ayahnya dalam keadaan menangis setelah kamera pemantau itu diturunkan.

“Kamu okay ke anak? Cakap dengan ayah dan jangan menangis, kami sedang berusaha keluarkan kamu,” kata ayah Haidar memetik laporan DailyMail.

Dengan suara sayu kanak-kanak itu menjawab, “Okay, saya akan terus bercakap.”

BACA: Tergelincir Masa ‘Tolong’ Gali Perigi, Ini Kronologi Tragedi Pilu Yang Menimpa Haidar

Setakat ini, pasukan penyelamat dikatakan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan Haidar berikutan struktur batu di sekeliling yang boleh mencederakan kanak-kanak itu.

Berita lanjut menyusul

Sumber: DailyMail, Abdullah Azzam

Eyla Azri