Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Jangan Tanam Rumput Kat Pili Bomba, Jenuh Abang Bomba Nak Gali Tanah Bila Kecemasan

Faiz Mustafa

Seperti yang kita dapat lihat, pili bomba mempunyai dua variasi warna iaitu merah dan kuning. Di sesetengah kawasan memang telah disediakan pili air bomba yang bertujuan sebagai sumber air ketika berlakunya sebarang kecemasan.

Umumnya, pili air bomba biasanya diletakkan di kawasan-kawasan awam seperti taman perumahan, selain kawasan yang mungkin mempunyai risiko tinggi berlakunya kebakaran.

Menyentuh tentang taman perumahan, tidak dinafikan kebanyakan penghuni gemar menanam tanaman di halaman rumah sebagai landskap. Namun ada segelintirnya dipercayai membuat landskap sehingga mengganggu ruang pili bomba.

Tahukah anda, tindakan menanam tanaman sehingga menyebabkan ruang kecemasan pili bomba ‘terganggu’ sebenarnya sangat membahayakan? Tahukah anda juga bahawa tindakan sebegitu sebenarnya bakal menyusahkan pihak bomba?

Menerusi video Tiktok salah seorang anggota bomba, Jaydee Rahim, beliau kongsikan situasi sepasukan bomba yang terpaksa menggali semula simen serta tapak pili yang sudah ditanam rumput di atasnya.

“Tujuan rumput itu dikorek dan tanah itu digali adalah untuk cari chamber yang tertimbus, dalam camber itu ada valve untuk buka air hydrant,’ tulisnya di ruangan komen.

Menurutnya, hal tersebut akan menyukarkan misi madamkan api jika berlaku sebarang kebakaran di sekitar kawasan tersebut kelak.

Nak tahu lebih lanjut? Tonton video yang telah kami sertakan di bawah.

Sumber: Tiktok Jaydeen Rahim