Siakap Keli

(Video) Makin Memburuk, Warganet Kongsi Keadaan Terkini Banjir Di Negeri Kelantan

Hujan lebat berterusan yang melanda negeri Pantai Timur sejak beberapa hari lalu memperlihatkan beberapa kawasan ‘lumpuh’ akibat ditenggelami air.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia memaklumkan bahawa paras air Sungai Golok di Rantau Panjang setakat jam 9 pagi tadi menunjukkan trend menaik, yang melebihi paras bahaya iaitu 10.52 meter.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Kelantan juga dilaporkan meningkat.

Menurut Bernama, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,222 orang daripada 1,034 keluarga setakat 8 pagi tadi berbanding 2,993 orang daripada 881 keluarga, semalam.

Di media sosial, ‘banjir kelantan’ menjadi topik popular sejak semalam dengan rata-rata penduduk di kawasan yang terjejas berkongsikan keadaan terkini mengenai bencana itu.

Kebanyakan kawasan di daerah Rantau Panjang juga dipercayai sudah dinaiki air yang sangat tinggi.

@poknik_lkkfm

BANJIR TERKINI KOK LANAS #banjir2022 #banjirkelantan #banjirviral #banjir2021 #teamkelate #dikirbarat #pokniklkkfm #pokniklkk #FYP #fypage #indonesia #thailand🇹🇭 #fypシ #fypシ

♬ original sound – Poknik Lkkfm (DATO’ SRI Nik) – Poknik Lkkfm (DATO’ SRI Nik)

@ciksaraz

Banjir Kelantan 27/2/2022 #fypシ

♬ Sabyan syaikhona – fighting

 

Sumber: Facebook, Twitter

Sofea

There's always another side to every story