Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Seorang kelasi warga Ukraine dilaporkan telah ditangkap di Mallorca dan dituduh cuba menenggelamkan kapal layar yang dimiliki oleh Ketua Pegawai Eksekutif pengeksport senjata Rusia dan bekas ketua persekutuan helikopter Rusia, Alexander Mikheev.
Memetik laporan The Guardian, lelaki yang tidak dinamakan itu telah bekerja di atas kapal tersebut sejak 10 tahun lalu sebagai mekanik.
Dia berkata bahawa dia perlu melakukan sesuatu selepas melihat rakaman serangan roket Rusia ke atas blok flat di kampung halamannya, Kyiv. Tidak cuma itu, dia juga percaya roket itu telah dikeluarkan oleh syarikat Mikheev.
Difahamkan sebaik berada di atas kapal itu, dia memberitahu anak kapal, yang juga kebanyakannya warga Ukraine untuk meninggalkan kapal tersebut.
Dia kemudian pergi ke bilik enjin dan membuka injap besar dalam usaaha untuk menenggelamkan kapal layar itu.

Bagaimanapun, tindakannya itu dapat dihidu oleh anak kapal yang lain sehingga akhirnya kapal tersebut dapat diselamatkan semula.
“Pemilik kapal layar ini adalah seorang penjenayah yang mencari nafkah dengan menjual senjata yang kini digunakan untuk membunuh rakyat Ukraine,” katanya kepada polis ketika ditahan.
Kapal layar tersebut yang dikenali sebagai Lady Anastasia, mempunyai panjang 48 meter dan bernilai £5 juta (RM28 juta).
Sementara itu, Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kubala, mendakwa Rusia terus menyasarkan kawasan orang awam dalam serangan terbaharunya
”Putin tidak mampu mematahkan semangat Ukraine. Jadi, kerana marah dia melakukan jenayah perang, membunuh orang awam yang tidak bersalah.
”Dunia harus bertindak dan melakukan lebih lagi. Tingkatkan tekanan dan pulau Rusia sepenuhnya,” dakwa Kubala melalui Twitternya.
Sumber: The Guardian