Siakap Keli

Permohonan Subsidi Mula Dibuka Kepada Penternak Ayam Pedaging Dan Penelur

PUTRAJAYA, 28 FEBRUARI 2022: Kerajaan telah mula membuka permohonan untuk pemberian subsidi kepada penternak ayam pedaging dan ayam penelur bermula hari ini 28hb Februari 2022 hingga 6hb Jun 2022 bagi pengeluaran ayam daging dan telur bermula 5hb Februari 2022 hingga 5hb Jun 2022. Sebanyak RM528.52 juta disediakan untuk tujuan subsidi ini. Kadar pemberian subsidi sebanyak RM0.60/kg bagi ayam pedaging dan RM0.05/biji bagi telur gred A, B dan C. Pemberian subsidi ini akan melibatkan penternak persendirian, penternak integrator/semi-integrator dan juga penternak kontrak. Berdasarkan rekod pendaftaran penternak di seluruh negara, dianggarkan seramai 2,255 orang penternak akan menikmati subsidi ini.

Permohonan subsidi boleh dibuat di pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang terdekat dengan ladang penternak. Garis Panduan Permohonan Subsidi Ayam dan Telur bagi Penternak Ayam Pedaging dan Ayam Penelur dan borang-borang permohonan boleh didapati melalui Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Pembayaran subsidi akan disalurkan terus ke akaun penternak melalui Agrobank. Pihak MAFI akan membuat penilaian ke atas pemberian subsidi bagi memastikan proses pembayaran subsidi dapat berjalan dengan lancar dan semua penternak yang terlibat dapat menggunakan subsidi ini bagi meningkatkan kapasiti operasi ladang dan menjamin bekalan ayam dan telur berterusan. Kerajaan amat berharap dengan pemberian subsidi ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penternak susulan peningkatan kos terutamanya kos makanan yang meliputi 70% dari kos pengeluaran selain kos logistik, kos pekerja, kos utiliti dan kos ubat-ubatan. Subsidi ini diberi kepada semua ketagori penternak sama ada penternak persendirian, penternak integrator atau semi integrator dan juga penternak kontrak.

MAFI percaya langkah intervensi Kerajaan melalui pemberian subsidi kepada penternak akan dapat menstabilkan kembali bekalan sekaligus memastikan rakyat dapat membeli ayam dan telur dengan harga yang berpatutan.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.