Siakap Keli
Rusia Piala Dunia

Pasukan Bola Sepak Rusia Dilarang Sertai Piala Dunia

Pasukan bola sepak Rusia dilarang menyertai Piala Dunia dan semua pertandingan Eropah, umum Fédération Internationale de Football Association (FIFA) dan Union of European Football Associations (UEFA) dalam satu kenyataan Isnin lepas, lapor Aljazeera.

Menurut laporan, penyingkiran tersebut berlaku adalah berikutan daripada pencerobohan yang dilakukan Rusia ke atas Ukraine.

Pasukan lelaki sepatutnya bermain playoff kelayakan pada bulan Mac untuk Piala Dunia di Qatar akhir tahun ini, manakala pasukan wanita telah layak ke Kejohanan Eropah di England pada bulan Julai.

Pengumuman tersebut didakwa juga memberi kesan kepada kelab Rusia yang terlibat dalam pertandingan Eropah.

FIFA dan UEFA hari ini telah bersepakat bahawa semua pasukan Rusia, sama ada pasukan wakil kebangsaan atau pasukan kelab, akan digantung daripada mana-mana penyertaan sehingga diberitahu kelak,” kata badan induk global dan Eropah bola sepak.

Memetik daripada laporan, Rusia dijadualkan menentang Poland dalam separuh akhir playoff kelayakan Piala Dunia pada 24 Mac dan berkemungkinan akan menentang Sweden atau Republk Czech pada 29 Mac bagi melayakkan tempat ke peringkat akhir.

Akan tetapi, tiga pihak lawan mereka berpotensi akan memboikot perlawanan.

Ahad lalu, FIFA mengumumkan bahawa pasukan Rusia akan dibenarkan untuk terus bermain di tempat sendiri, iaitu di wilayah neutral dan secara tertutup di bawah nama Kesatuan Bola Sepak Rusia.

Bendera serta lagu Rusia diharamkan untuk dimainkan pada perlawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, cadangan itu ditolak oleh Presiden FA Poland, Cezary Kulesza dan menambah bahawa Poland tidak akan bermain playoff Piala Dunia dengan Rusia.

FIFA akhinya mengubah pendekatannya pada hari Isnin dengan menendang keluar pasukan Rusia daripada kejohanan sukan itu.

“Semua pasukan bola sepak bersatu sepenuhnya di sini dan dalam solidariti penuh dengan semua orang yang terjejas di Ukraine,” tambahnya dalam kenyataan itu.

“Kedua-dua presiden berharap keadaan di Ukraine akan bertambah baik dengan ketara dan pantas supaya bola seak sekali lagi menjadi vektor perpaduan dan keamanan dalam kalangan rakyat. “

Berdasarkan laporan, Rusia sepatutnya menentang Belanda, Sweden dan Switzerland dalam perlawanan kumpulan mereka di Euro wanita.

Spartak Moscow sepatutnya dikatakan akan menentang RB Leipzig dari Jerman dalam pusingan 16 terakhir Liga Europa bulan depan.

BACA: (Video) Berani Mati Betul, Lelaki Ukraine Selamba Alih Periuk Api Anti Kereta Kebal Guna Tangan

Sumber : Aljazeera.com

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.