Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiada Lagi Status Kuning Pada MySejahtera, Lakukan Ujian Kendiri – Khairy

Faiz Mustafa

Sebelum ini, bagi individu yang ada kaitan pesakit Covid-19, status pada MySejahtera mereka akan bertukar kepada Kontak Kasual di mana akan terpapar warna kuning pada status.

Namun, perkara itu telah dimansuhkan dan hal itu dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin menerusi akaun Twitternya.

“Sebelum ini apabila MySJ Trace/Check-in mengesan anda sebagai Kontak Kasual kes positif, status di MySejahtera akan bertukar kepada Kontak Kasual (kuning).

“Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi. Jika bergejala, asingkan diri & lakukan ujian kendiri,” tulisnya.

BACA JUGA: Perlu Ambil Tahu, Ini Perbezaan Kontak Rapat Dengan Kontak Kasual

Sumber: Khairy Jamaluddin