Siakap Keli
Gambar: Kompas

Risau Tak Balik-balik, Petani Terkejut Jumpa Mayat Isteri Tanpa Seurat Benang, Badan Dicincang Dalam Sawah

Seorang wanita yang berasal dari Desa Jatimulya, Kecamatan Suraladi, Kabupaten Tegal, Jawa Tengah, telah ditemukan meninggal dunia dalam keadaan badannya dicincang, pada hari Rabu 2 Februari 2022, kelmarin.

Pada hari kejadian pasangan suami isteri tersebut telah turun untuk bekerja di dua kawasan sawah padi yang berbeza, di mana jarak antara kedua kawasan sawah padi tersebut ialah sebanyak 2 km.

Tambahan lagi, suami mangsa menyatakan bahawa tugas yang dilakukan mereka adalah berlainan, isterinya akan mencabut rumput manakala dia akan meracun padi.

Selepas selesai melakukan pekerjaannya, suami mangsa telah pulang ke rumah pada pukul 12.00 tengah hari WIB. Namun begitu, suami kepada mangsa mendapati bahawa isterinya masih tidak ada di rumah.

Dia akhirnya mengambil keputusan untuk menunggu isterinya sehingga pukul 2.00 petang WIB, tetapi setelah dua jam isterinya masih lagi belum pulang ke rumah.

Suami mangsa yang berasa bimbang mengambil keputusan untuk keluar semula ke sawah bagi mencari isterinya.

“Saya akhirnya pergi semula ke sawah padi untuk mencari isteri saya. Tetapi apabila saya temui dia, dia sudah berada di dalam keadaan yang menyedihkan.”

“Mayatnya terbaring kaku tidak bermaya, dengan semua pakaiannya juga sudah ditanggalkan. Waktu itu saya sangat terkejut dengan keadaan tersebut dan terus meminta bantuan,” kata suami kepada mangsa semasa temu bual bersama Tribunjateng.

Penduduk setempat kemudiannya terus menghubungi pihak polis dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Daerah (RSUD) Dr Soeselo Kabupaten Tegal untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, ketika ditemui suami mangsa turut memberitahu yang kawasan sekitar sawah padi tempat mayat isterinya ditemui memang sangat sunyi dan selalunya tiada orang.

Dia turut mengakui bahawa isterinya tidak pernah bercerita jika dia ketika itu sedang memiliki masalah dengan seseorang atau mempunyai masalah lain.

Malahan, ketika berangkat ke sawah, mangsa kelihatan berada dalam keadaan sihat dan normal.

“Selalunya saya dan isteri akan berangkat ke sawah bersama-sama, tetapi ada masa kami akan pergi secara berasingan. Oleh sebab sudah menjadi kebiasaan, maka saya tidak ada firasat atau terfikir kejadian seperti ini akan berlaku,” katanya lagi.

Sumber: Kompas

Zahirah