Siakap Keli

Hasil Tanaman Nanas MD2 Di Kompleks Penjara Batu Gajah Kini Dijual Di Plaza Angsana Hingga 5 Mac

3 Mac, Johor Bahru – YBrs Ketua Pengarah LPNM, En. Mohd Khairuzamri M. Salleh berkesempatan hadir berkunjung bagi melihat booth pameran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sempena program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia pada hari ini (semalam).

Dalam lawatan ini YBrs Ketua Pengarah telah diberikan penerangan berkenaan pengisian pameran dan beramah mesra dengan petugas-petugas dan pengunjung yang hadir.

YBrs Ketua Pengarah juga turut berkunjung ke gerai jualan AADK & Jabatan Penjara Malaysia yang membuat jualan nanas MD2. Hasil nanas tuaian pertama ini merupakan hasil projek tanaman nanas di Kompleks Penjara Batu Gajah, Kluang dengan kerjasama pihak LPNM.

Pada program yang berlangsung bermula 3 – 5 Mac 2022 di Padang Plaza Angsana Johor Bahru ini, dibawakan pelbagai varieti pokok nanas berbuah, nanas ornamental dan Bromeliad untuk tontonan pengunjung. Selain itu, pelbagai info menarik seperti program latihan dan geran-geran pembiayaan turut ditawarkan kepada pengunjung booth pameran MAFI.

Amira

Love yourself.