Siakap Keli
Gambar Hiasan via Daily Mail

Kerajaan Rusia Sekat Akses Facebook Dan Twitter

Rusia menyekat akses kepada Facebook Meta Platforms Inc sebagai tindak balas atau reaksi kepada sekatan yang dikenakan ke atas media Rusia di platformnya, lapor Al Jazeera.

Pengawal selia komunikasi Rusia, Roskomnadzor, berkata, sudah 26 kes diskriminasi yang dilakukan oleh Facebook terhadap media Rusia sejak Oktober 2020.

Berdasarkan laporan, syarikat itu juga dilaporkan telah mengehadkan akses kepada RT dan Sputnik di seluruh Kesatuan Eropah  Rusia.

Selain itu, segala kandungan dan siaran yang mengandungi pautan tersebut diturunkan secara global daripada Facebook dan Instagram di cawangan kawalan Rusia.

Minggu lalu, Facebook juga melaporkan bahawa Moscow juga mengehadkan sebahagian aksesnya selepas menolak permintaan kerajaan untuk menghentikan pemeriksaan fakta bebas kepada beberapa saluran media negara Rusia.

Sementara itu, agensi berita Tass dan Interfax juga melaporkan bahawa Rusia juga mengenakan sekatan akses kepada Twitter.

Ketua hal ehwal global Meta, Nick Clegg berkata syarikat itu akan segera cuba memulihkan perkhidmatannya di negara tersebut.

“Tidak lama lagi, berjuta-juta rakyat Rusia akan mendapati bahawa diri mereka terputus daripada maklumat yang boleh dipercayai, kehilangan cara berhubung dengan keluarga dan rakan serta didiamkan daripada bersuara,” katanya dalam kenyataan di Twitter.

Lapor Al Jazeera, syarikat teknologi dan media sosial utama telah menghadapi tekanan berkenaan tindak balas terhadap pencerobohan Ukraine yang telah menyekat ekonomi Moscow oleh kerajaan di seluruh dunia.

Selain Daripada Media Sosial, Sekatan Dilakukan Ke Atas Saluran Berita

Roskomnadzor berkata Meta telah menyekat akses kepada saluran berita yang disokong kerajaan, seperti RT, Sputnik, RIA, Tv Zvezda dan beberapa laman web tertentu.

Jelasnya lagi, sekatan sedemikian telah melanggar prinsip utama kebebasan maklumat dan akses tanpa halangan terhadap pengguna.

Seorang wartawan agensi AFP di Moscow dipercayai mengesahkan berita ini, namun platform instagram masih boleh diakses.

Memetik daripada laporan, tindakan sekatan yang dilakukan tidak pernah berlaku lagi terhadap media bebas dan aktivis sejak permulaan pencerobohan Rusia.

Saluran media liberal utama negara juga dikatakan ditutup sejak beberapa hari lalu dan hukuman penjara akan dikenakan ke atas penyebaran berita palsu mengenai perang di Ukraine.

Sumber : Al Jazeera

Fathin Nadzira