Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dirakam keluar dari kereta untuk melihat keadaan polis pengiring yang terlibat dalam kemalangan kecil di Pekan Benut, Pontian hari ini, lapor Bernama.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Bernama di Twitter, motosikal polis itu dilihat terbalik.
Bagaimanapun, polis tersebut dilihat berada dalam keadaan baik dan mengalami kecederaan ringan sahaja.
Dalam satu ciapan yang lain, Bernama melaporkan bahawa Perdana Menteri bersama Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad tiba ke pelancaran Kolej Komuniti Satelit@Pontian di Kompleks Muafakat Singai Pinggan, Benut sebentar tadi.
PM @IsmailSabri60 keluar dari kereta untuk melihat keadaan polis pengiring yang terlibat dalam kemalangan kecil di Pekan Benut, Pontian hari ini. @PDRMsia pic.twitter.com/ZWPB95QNl7
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 6, 2022
Sumber: Bernama