Siakap Keli
banjir kilat

Senarai 23 Lokasi Terjejas Banjir Kilat Sekitar Kuala Lumpur Setakat 5 Petang Tadi

Terkini, berikutan hujan lebat berterusan yang berlaku hari ini, beberapa kawasan di Lembah Klang telah dilanda banjir kilat hingga menjejaskan beberapa kawasan laluan trafik utama.

Antara lokasi yang terjejas termasuklah kawasan di sekitar KLCC, Masjid Jamek dan juga Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Malah tidak kurang juga, ada yang ‘tersangkut’ di pejabat masing-masing.

Hal itu kerana terdapat banyak kawasan jalan raya dan juga lebuh raya yang terjejas banjir. Oleh itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengeluarkan senarai 23 kawasan terjejas setakat 5 petang tadi.

Ikuti senarai di bawah sebagai rujukan untuk merancang perjalanan anda.

Lokasi dinaiki air di Kuala Lumpur sehingga jam 5 petang, 7/3/22

1. Dari arah Bulatan Kg Pandan menghala ke Jalan Sultan Ismail, jalan boleh dilalui tapi pergerakan kenderaan perlahan.

2. Air bertakung bawah terowong Jalan Tun Razak, kenderaan bergerak perlahan.

3. Bawah terowong Bulatan Cheras menghala ke Hukm air bertakung kedua dua arah

4. Jalan Chan Show Lin dinaiki air, jalan tidak boleh dilalui oleh kenderaan

5. Terowong Jalan Maharajalela Ditutup , kenderaan dilencongkan ke Jalan Hang Tuah.

6. Jalan Kia Peng, Jalan Raja Chulan dan Jalan Raja Laut belakang bangunan Mara

7. Jalan di Masjid Al –Syakirin Klcc di naiki Air

8. Jalan Dang Wangi

9. Jalan Genting Klang di lencongkan ke bulatan Pahang

10. Terowong bawah bulatan Pahang di naiki air

11. Bulatan Hishamuddin di tutup

12. Jalan Kuching susur naik ke Bulatan Segambut

13. Jalan Parlimen Ke Bulatan Dato’ On

14. Jalan Syed Putra Hala Federal H/Way Hadapan Sekolah Kuen Chen

15. Jalan Tun Razak Hadapan Shell Sebelum Ijn

16. Jalan Cheras Lama Hala Shemelin

17. Hadapan Balai Salak Selatan

18. Hadapan Ibis Hotel Jln Yap Kuan Seng

19. Jalan Brunei

20. Jalan Pinang, Jalan Kia Peng

21. Susur Travers Ke Jalan Damansara, Kenderaan Di Lencongkan Ke Arah Bulatan Hishamuddin.

22. Jalan Pinang Uturn Ke Jalan Perak

23. Jalan Bulan 1

Sumber: NADMA

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.