Siakap Keli
Gambar: via Bernama

Tan Sri Idrus bin Harun Dilantik Semula Sebagai Peguam Negara

Ketua Setiausaha Negara telah memaklumkan, Tan Sri Idrus bin Harun telah dilantik semula sebagai Peguam Negara untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 6 Mac 2022 lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu kenyataan media yang telah dimuat naik di laman media sosial Facebook rasmi milik Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Adalah dimaklumkan bahawa dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembangan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula YBhg. Tan Sri Idrus bin Harun sebagai Peguam Negara untuk tempoh satu (1) tahun berkuat kuasa mulai 6 Mac 2022,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sumber: FB Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali

 

Zahirah