Siakap Keli
Gambar: The New York Times via BBC

TERKINI: Manusia Pertama Guna Jantung Khinzir Yang Diubah Suai Meninggal Dunia

Seorang penghidap sakit jantung yang juga merupakan manusia pertama menggunakan jantung khinzir yang diubah suai melalui pembedahan dua bulan lalu dilapor telah meninggal dunia, lapor BBC.

Menurut laporan, lelaki tersebut, David Bennett yang berusia 57 tahun itu dilapor menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 8 Mac baru-baru ini.

Difahamkan, David sebelum ini menjalani pembedahan dan pemindahan jantung (khinzir) secara genetik dengan selamat di sebuah hospital di US kira-kira dua bulan yang lalu.

Bagaimanapun menurut laporan doktor, kesihatannya didakwa mulai merosot kira-kira beberapa hari sebelum pembedahan kedua dilakukan.

Menurut BBC, David sebelum ini telah didedahkan dengan risiko-risiko yang bakal dia hadapi berkaitan dengan pembedahan genetik tersebut.

Malah dia juga turut diberitahu bahawa pembedahan tersebut merupakan ‘satu tembakan dalam gelap’.

BACA JUGA: Pertama Dalam Sejarah, Pakar Bedah Berjaya Lakukan Pemindahan Jantung Khinzir Ke Manusia

BACA JUGA: Kenali Dr Muhammad Mohiuddin, Antara Pakar Yang Berjaya Lakukan Pemindahan Jantung Khinzir Ke Manusia

“Beliau terbukti sebagai pesakit yang berani dan mulia yang berjuang sehingga ke akhirnya,” kata Dr. Bartley Griffith, pakar bedah yang melakukan pemindahan jantung tersebut.

Jelas Griffith, sebelum ini pembedahan itu dikatakan bakal membawa dunia ‘selangkah lebih dekat untuk menyelesaikan krisis kekurangan organ’.

Data yang dikemukakan menunjukkan kira-kira 17 orang mati di US setiap hari sementara menunggu giliran pemindahan organ, selain 100,000 lagi dalam senarai menunggu.

“Kemungkinan menggunakan organ haiwan, iaitu xenotransplantation untuk memenuhi permintaan telah lama dipertimbangkan.

“Dan menggunakan injap jantung babi adalah perkara biasa,” maklumnya, memetik BBC.

Untuk rekod, pakar bedah di New York memaklumkan mereka telah berjaya memindahkan buah pinggang babi kepada seseorang (pesakit).

Difahamkan, pembedahan tersebut dianggap percubaan pemindahan organ secara genetik paling maju dalam bidang perubatan dunia setakat ini.

BACA JUGA: Kumpulan Hak Asasi Dakwa 15 Ekor Monyet Mati Dipasang Cip Nuralink Milik Elon Musk Mati

Sumber: BBC

Nadhirah