Siakap Keli
Kredit: Tribun News

Kenali Dr Muhammad Mohiuddin, Antara Pakar Yang Berjaya Lakukan Pemindahan Jantung Khinzir Ke Manusia

Baru-baru ini dunia perubatan dikejutkan dengan berita seorang doktor berjaya membuat pembedahan transplan jantung khinzir kepada seorang lelaki warga Amerika Syarikat. Kejayaan doktor tersebut telah mendapat perhatian banyak pihak.

Doktor Muhammad Mohiuddin yang pada Selasa lalu (11/1/2022) telah mencipta sejarah selepas berjaya melakukan pembedahan transplan jantung khinzir ke dalam manusia di Pusat Perubatan Universiti Maryland, Baltimore, Amerika Syarikat.

Doktor kelahiran Pakistan itu telah melakukannya bersama-sama dengan seorang pakar bedah bernama Bartley P Griffith. Pemindahan jantung khinzir ke manusia itu dilaporkan adalah pertama kali dilakukan di dunia.

Pesakit, David Bennett yang berusia 57 tahun, merupakan seorang lelaki yang menghidap penyakit jantung yang memerlukan transplantasi sebagai harapan terakhirnya untuk menyelamatkan nyawanya.

Dipetik daripada News18 pada 11 Januari 2021, Dr Muhammad Mohiuddin adalah merupakan seorang saintis dan Ketua Program Xenotransplantasi Jantung di Institut Perubatan Universiti Maryland (UMSOM).

Muhammad Mohiuddin juga merupakan salah seorang pakar yang terkenal dalam transplantasi organ haiwan atau dikenali sebagai xenotransplantasi.

Pemindahan jantung khinzir ke manusia yang dilakukan oleh Dr Muhammad Mohiuddin merupakan yang pertama di dunia. Tiga hari selepas pembedahan pada Sabtu (8 Januari 2022), Bennett berasa baik-baik sahaja.

BBC melaporkan bahawa pemindahan jantung itu adalah daripada khinzir yang diubah suai secara genetik. Operasi eksperimen itu berlangsung selama tujuh jam.

“Ianya seperti mati atau menjalani pemindahan”, kata Bennett sehari sebelum pembedahan.

“Saya tahu ianya satu pertaruhan, tetapi ia adalah pilihan terakhir yang saya ada”, tambahnya.

Kredit: Tribun News

Selain mengetuai program xenotransplantasi jantung di UMSOM dan pakar terkemuka dalam pemindahan organ haiwan, Dr Muhammad Mohiuddin juga berkhidmat sebagai profesor pembedahan di UMSOM.

“Ini adalah kemuncak penyelidikan bertahun-tahun yang sangat rumit untuk mengasah teknik ini pada haiwan dengan masa kelangsungan hidup lebih dari sembilan bulan”, kata Muhammad Mohiuddin menerusi satu kenyataan.

Selain mengetuai program xenotransplantasi jantung di UMSOM serta menjadi pakar terkemuka dalam transplantasi organ haiwan, Dr Muhammad Mohiuddin juga menggalas tugas sebagai guru besar ilmu bedah di UMSOM.

“Ini adalah kemuncak dari penyelidikan bertahun-tahun yang sangat rumit untuk mengasah teknik ini pada haiwan,” jelasnya.

“FDA menggunakan data kami dan data pada tentang guinea pig untuk membenarkan pemindahan pada pesakit dengan penyakit jantung peringkat akhir yang tidak mempunyai pilihan rawatan lain”, tambahnya.

Muhammad Mohiuddin menerima MBBS dari Dow Medical College, Karachi pada tahun 1989.

Beliau berhijrah ke Amerika Syarikat dan menerima biasiswa pertamanya dalam biologi transplantasi di University of Pennsylvania, kemudian biasiswa dalam pemindahan tulang sumsum di Institut of Cellular Therapeutics, Universiti Drexel.

Dr Muhammad Mohiuddin berkata, maklumat dan penemuan yang diperoleh pasukannya semasa operasi itu berguna untuk komuniti perubatan pada masa hadapan.

Doktor di Pusat Perubatan Universiti Maryland telah diberikan penerangan khas oleh pengawal selia perubatan AS untuk melakukan prosedur itu, atas dasar Bennett mungkin akan mati.

Pakar bedah, Bartley P Griffith berkata, pembedahan itu akan membawa dunia selangkah lebih dekat untuk menyelesaikan krisis kekurangan organ.

Menurut OrganDonor.gov, krisis yang dimaksudkan ialah 17 orang di AS mati setiap hari ketika menunggu pemindahan organ, dengan lebih daripada 100,000 dalam senarai menunggu.

Kemungkinan menggunakan organ haiwan atau xenotransplantasi bagi memenuhi permintaan telah dipertimbangkan sejak sekian lama dan penggunaan injap jantung khinzir sudah biasa digunakan.

Pada Oktober 2021, pakar bedah di New York mengumumkan mereka telah berjaya memindahkan buah pinggang khinzir ke dalam badan seseorang. Pada masa itu, operasi itu adalah eksperimen paling canggih dalam bidangnya.

Bagaimanapun, penerima pada ketika itu tidak bernasib baik kerana otaknya gagal berfungsi.

Sumber: Tribun News

Aireena Marizan