Siakap Keli

Kumpulan Hak Asasi Dakwa 15 Ekor Monyet Mati Dipasang Cip Nuralink Milik Elon Musk Mati

Syarikat pembangun cip otak, Neuralink diasaskan Elon Musk terpalit dengan kontroversi apabila sebuah badan hak asasi hidupan liar mendakwa 15 daripada 20 ekor monyet yang terlibat dalam kajian syarikat berkenaan dilaporkan mati.

Monyet-monyet berkenaan dikatakan telah diimplan dengan cip dalam satu eksperimen yang bertujuan untuk mengkaji kesesuaian cip tersebut untuk dipasang dalam otak manusia.

Cip otak Neuralink sebelum ini mendapat perhatian dunia apabila pembangunannya dikhabarkan bakal membawa berita gembira untuk manusia, khususnya dalam bidang perubatan. Antaranya adalah untuk membantu pesakit yang mengalami masalah lumpuh untuk kembali berinteraksi.

Dalam tempoh kajian, cip tersebut telah dimasukkan ke dalam beberapa ekor otak monyet semasa kajian dilakukan di University of Claifornia, Davis pada 2017 sehingga 2020.

Projek tersebut telah menarik perhatian banyak orang termasuk selebriti dan beberapa orang yang menderita lumpuh, dan mereka turut menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada bahan kajian.

Musk sebelum ini pernah memberitahu yang mereka mahu menjalankan kajian ke atas manusia pada tahun lepas namun terpaksa dijadualkan semula kepada 2022. Menurut Physicians Committee for Responsible Medicine (PCRM), cip tersebut dikatakan belum siap sepenuhnya.

“Hampir kesemua monyet yang telah dimasukkan cip tersebut ke dalam otak mereka telah mengalami kesan kesihatan yang menurun dan teruk,” kata pengarah PCRM, Jeremy Beckham.

Terdapat satu kes, seekor monyet didakwa telah kehilangan sebahagian jari tangan dan kakinya ‘mungkin kerana mencederakan diri sendiri atau beberapa trauma lain yang tidak ditentukan.’

Cip tersebut dimasukkan ke dalam otak haiwan itu dengan menggerudi lubang pada tengkorak monyet-monyet tersebut. Kesan daripada itu, seekor monyet didakwa telah mendapat jangkitan kulit berdarah dan terpaksa dimatikan.

Menurut laporan New York Post, dakwaan tersebut telah diadukan oleh pihak Physicians Committee for Responsible Medicine (PCRM) kepada Jabatan Agrikultur Amerika Syarikat pada hari Khamis lepas.

Sumber: Yahoo Entertainment, New York Post

Zahirah